Page 155 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 155

138        TOPIK 5    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK




            Terdapat enam perkara yang menyentuh secara langsung mengenai hubungan
            etnik sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara
            tersebut dapat dilihat dalam Jadual 5.1.

              Jadual 5.1: Perkara yang Menyentuh Hubungan Etnik dalam Perlembagaan Malaysia

             Perkara                              Huraian Perkara
                 8     Persamaan  dan hak sama rata, kecuali dalam  soal agama, kedudukan
                       istimewa orang Melayu dan seumpamanya.
               10 (4)   Batasan hak  kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja-raja
                       Melayu, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.
                38     Kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen membuat undang-undang
                       yang menyentuh kedudukan raja-raja Melayu, orang Melayu dan bahasa
                       Melayu.
              150 (6a)   Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah dan
                       Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.
                152    Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak
                       bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
                153    Kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah
                       kaum lain.


            5.3.1 Institusi Beraja


            Sebelum kedatangan  penjajah, negeri-negeri Melayu  mengamalkan sistem
            pemerintahan beraja  sejak berabad-abad lamanya. Dalam sistem ini, raja
            berkuasa mutlak dan berkuasa penuh dalam segala  urusan pemerintahan dan
            pentadbiran negeri dengan dibantu oleh para pembesar. Semasa penjajahan
            British di Tanah  Melayu,  raja-raja  Melayu tetap diiktiraf sebagai  pemerintah
            berdaulat di negeri masing-masing, walaupun dalam sesetengah perkara mereka
            dikehendaki mendapatkan nasihat  Residen  atau Penasihat British. Keadaan ini
            berlarutan  sehingga sebelum Perang Dunia Kedua.  Selepas kemerdekaan,
            institusi pemerintahan beraja dikekalkan sebagai ciri keperibadian Melayu dalam
            sesebuah negara yang baru. Kewujudan institusi beraja  amat penting dalam
            masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia kerana  mempunyai peranan
            yang penting sebagai tonggak kepada kestabilan politik negara, serta menjadi
            lambang perpaduan kaum di Malaysia. Jadual 5.2 menunjukkan keseimbangan
            unsur tradisi dan kewarganegaraan.







                                               Copyright
                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160