Page 153 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 153

136        TOPIK 5    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI ASPEK HUBUNGAN ETNIK




                  (iii)  Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditubuhkan pada peringkat
                       persekutuan;

                  (iv)  Ketua kerajaan negeri ialah Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri;

                  (v)  Dewan perundangan  negeri ditubuhkan di setiap negeri yang
                       diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Negeri;
                  (vi)  Kewarganegaraan bagi penduduk  bukan Melayu dilonggarkan atas
                       prinsip jus soli (tempat lahir), jus sanguinis (keturunan), perkahwinan
                       dan „naturalisation‰;

                  (vii)  Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan pembelajaran serta
                       penggunaan bahasa lain tidak dilarang;

                  (viii) Agama Islam dijadikan agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan
                       dengan bebas;

                  (ix)  Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin.

                  Oleh itu, perlembagaan ini dipersetujui oleh para pemimpin pelbagai kaum
                  di Tanah  Melayu. Perlembagaan ini merupakan satu  bentuk „kontrak
                  sosial‰ kerana terkandung dalam Perlembagaan Pesekutuan. Terdapatnya
                  banyak unsur tolak ansur antara orang Melayu dan orang bukan Melayu.
                  Manifestasi keintiman ini dapat ditunjukkan pada 1949 apabila penubuhan
                  Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC  ă  Communities Liason
                  Committee) menjadi kenyataan. Tujuan jawatankuasa ini ialah
                  menyelesaikan permasalahan dalaman yang wujud akibat daripada
                  kepelbagaian etnik seperti isu kewarganegaraan, kedudukan istimewa,
                  ekonomi, politik dan sebagainya yang dibincangkan secara tidak formal.

                  Perlembagaan Persekutuan Tanah  Melayu 1957 diisytihar menjadi
                  perlembagaan Malaysia selepas negara  Malaysia  dibentuk  hasil
                  penggabungan Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
                  pada 16  September 1963 dengan  beberapa tambahan yang menyentuh
                  kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.


                     AKTIVITI 5.3

                 Terangkan proses yang  terlibat  dalam pembentukan Perlembagaan
                 Persekutuan.






                                               Copyright
                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158