Page 167 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 167

150        TOPIK 6    PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK




            Kewujudan  negara bangsa  merupakan matlamat utama  pembangunan
            termasuklah dalam konteks politik. Justeru, dalam keadaan masyarakat plural di
            Malaysia, konsep pembangunan politik akan melibatkan proses yang kompleks.
            Ini kerana dalam pembangunan politik masyarakat pelbagai etnik, satu
            pendekatan yang lebih selamat perlu difikirkan untuk  mengelakkan konflik
            etnik.

            Di Malaysia, politik menggunakan  formula perkongsian kuasa pada  peringkat
            kerajaan dengan pembentukan kerajaan pusat. Kewujudan sebuah  kerajaan
            memerlukan gerak kuasa yang kuat untuk memastikan pentadbiran awam dapat
            memberikan perkhidmatan yang terbaik. Ini penting dalam menentukan
            kestabilan kerajaan pusat yang dibentuk dapat bertahan  hingga pilihan raya
            seterusnya.

            Dalam modenisasi politik juga, perubahan telah berlaku apabila  corak
            pemerintahan tradisional iaitu sistem  beraja secara warisan berubah menjadi
            corak pentadbiran baru iaitu melalui demokrasi. Demokrasi ialah bentuk politik
            baru yang memiliki elemen pilihan raya. Elemen ini memainkan peranan yang
            penting dalam menentukan parti  politik yang dominan dan menentukan parti
            yang akan dipilih dalam kalangan mereka yang amat berpengaruh dalam parti
            untuk dilantik sebagai Perdana Menteri pada peringkat pusat atau Menteri Besar
            pada peringkat kerajaan negeri. Modenisasi bentuk ini menyediakan sebuah
            parti untuk memilih pemimpin mereka yang bukan berasaskan keturunan, tetapi
            pengaruh yang ada kaitan dengan pendidikan dan keilmuan. Aspek ini menjadi
            perkara yang penting dalam modenisasi  politik Malaysia. Justeru, kewujudan
            parti politik adalah berasaskan nasionalisme yang diperjuangkan. Ini akan
            menentukan pilihan rakyat untuk sesebuah parti berkenaan.

            Menurut Pye (1966), pembangunan politik adalah bertitik tolak sebagai:
            (a)   Prasyarat kepada pembangunan ekonomi;

            (b)  Tipikal masyarakat industri;

            (c)   Operasi sesebuah negara;

            (d)  Pemodenan politik;
            (e)   Mobilisasi dan penyertaan massa;

            (f)   Pembinaan demokrasi;

            (g)  Kestabilan dan perubahan teratur;
            (h)  Mobilisasi dan kuasa; dan

            (i)   Proses perubahan sosial yang bersifat pelbagai dimensi.

                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
                                               Copyright
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172