Page 168 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 168

TOPIK 6    PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK           151




                  Pembangunan politik akan mewujudkan  keadaan literasi politik yang tinggi
                  dalam kalangan rakyat. Justeru, pembangunan politik akan membentuk
                  masyarakat moden yang tidak melihat  elemen etnik  sebagai indikator untuk
                  pemilihan kerajaan, tetapi aspek lain seperti keadilan dan kesamarataan. Pilihan
                  raya pada tahun  2008  dan tahun  2012 dianggap sebagai tsunami politik. Etnik
                  Cina ialah  manifestasi perkembangan modenisasi politik  yang berlaku bukan
                  sahaja merentasi etnik, tetapi lebih kepada kebajikan dan kehendak serta pilihan
                  pengundi terutama literasi politik di bandar yang dilihat lebih tinggi berbanding
                  dengan di luar bandar. Ini menggambarkan kadar pembangunan politik dan
                  literasi politik masyarakat bandar adalah selari.

                  Oleh yang demikian, banyak kejutan yang berlaku dalam dua pilihan raya lepas.
                  Faktor etnik sudah tidak  menjadi penentuan kekuatan sesebuah parti, tetapi
                  lebih pada  ideologi yang dibawa. Walau bagaimanapun, aspek etnisiti masih
                  memainkan peranan penting untuk melihat pola dan landskap politik
                  masyarakat Malaysia.


                           AKTIVITI 6.1

                       Bincangkan bersama rakan sekelas dan bentangkan:

                       (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan konsep permodenan politik?

                       (b)  Apakah perkara yang menjadi asas dalam pemodenan politik di
                             Malaysia?



                   6.2       SISTEM POLITIK MASYARAKAT MELAYU



                  Sistem politik masyarakat Melayu,  khasnya di Tanah Melayu sebelum
                  kedatangan British, adalah berasaskan sistem feudal iaitu setiap raja atau Sultan
                  mempunyai kuasa mutlak ke atas negeri dan rakyat masing-masing. Dalam
                  sistem ini,  ia dipanggil juga sistem tertutup yang mana penyertaan politik
                  daripada rakyat pada  umumnya tidak berlaku. Sistem feudal  adalah bersifat
                  warisan dengan diperturunkan daripada generasi terdahulu ke generasi
                  seterusnya. Kewujudan kerajaan Melayu adalah berasaskan seorang raja. Raja ini
                  merujuk pada kerajaan yang terbentuk. Maka, di Tanah Melayu wujud negeri
                  yang mewakili kerajaan Melayu.  Sistem  politik sebegini yang diperturunkan
                  secara warisan merupakan  politik  tradisi dalam kalangan masyarakat Melayu
                  awalnya hasil pengaruh tamadun India dan tamadun Islam.




                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
                                               Copyright
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173