Page 171 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 171

154        TOPIK 6    PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK




            kehidupan bandar. Dalam etnik India, terdapat golongan subetnik seperti Tamil,
            Malayali, Singhala dan Sikh. Umumnya, etnik India  merupakan penganut
            pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.

            Orang Asli merupakan penduduk kawasan pedalaman di beberapa buah negeri
            di Semenanjung Malaysia. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animisme
            Kristian dan Islam. Selain daripada  Orang Asli, terdapat  beberapa kelompok
            kecil lain seperti masyarakat Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang,
            masyarakat Portugis di Melaka dan Thai di beberapa  buah negeri di utara
            Semenanjung. Masyarakat minoriti tersebut  mempunyai budaya yang unik.
            Misalnya, budaya masyarakat Baba Nyonya mencerminkan percantuman elemen
            budaya Cina dan budaya Melayu. Budaya masyarakat Portugis di Melaka pula
            mencerminkan percantuman antara budaya Portugis dan budaya masyarakat
            tempatan.


            6.3.2  Demografi Penduduk di Sabah dan Sarawak


            Sabah tidak mempunyai kelompok  yang terbesar dari segi saiz penduduknya.
            Kebanyakan penduduknya terdiri daripada etnik Kadazan Dusun, Bajau, Murut
            dan peribumi lain yang merupakan penduduk luar bandar dan persisiran pantai.
            Penempatan ini memberikan gambaran bahawa wujudnya dua sistem
            kepercayaan iaitu kumpulan etnik bumiputera bukan Islam  yang merangkumi
            Kadazan Dusun, Murut dan Rungus, serta subetnik lain  yang mengamalkan
            kepercayaan  animisme (kemudiannya memeluk agama Kristian).  Manakala,
            masyarakat bumiputera Islam pula terdiri daripada Bajau, Idahan, Iranum,
            Bisaya, Orang Sungai dan Sulu.

            Komposisi penduduk Sarawak pula turut memperlihatkan wujudnya pluraliti.
            Tidak ada satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak. Sarawak
            terdiri daripada etnik Dayak, Melayu,  Melanau yang merupakan kelompok
            peribumi yang membentuk  73.2% daripada  keseluruhan penduduk Sarawak.
            Kemudian, diikuti etnik Cina dan sub etnik Iban seperti Bidayuh dan Orang Ulu.
            Orang Ulu merupakan kategori yang mewakili kira-kira 20 kelompok peribumi
            kecil seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan dan Penan.


            Majoriti orang Dayak mengamalkan kepercayaan  animisme atau pagan
            manakala sebahagian  mereka beragama  Kristian. Sementara itu, hanya
            sebilangan kecil sahaja yang menganut agama lain, terutamanya Islam. Pertanian
            merupakan aktiviti utama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan luar
            bandar. Sebilangan kecil mereka  berjaya menerokai sektor baharu sama  ada
            perdagangan atau perniagaan di bandar  utama di Sarawak. Orang Melayu
            merupakan penghuni luar  bandar dan mereka tinggal di perkampungan
            terutamanya di pinggir bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu. Orang

                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
                                               Copyright
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176