Page 172 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 172

TOPIK 6    PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK           155




                  Melanau pula merupakan penduduk pantai Sarawak yang menganut agama
                  Islam, Kristian dan kepercayaan animisme. Keseluruhannya, penduduk Malaysia
                  dapat dikategorikan kepada kelompok etnik yang berbeza-beza dari segi budaya,
                  kepercayaan dan agama. Aspek demografi turut mempunyai pengaruh terhadap
                  politik dan proses politik negara.


                           AKTIVITI 6.3

                       Bincangkan bagaimana faktor demografi memainkan peranan penting
                       dalam menentukan bentuk dan pola politik di Malaysia. Bentangkan di
                       dalam kelas.



                   6.4       KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN
                             ETNIK


                  Pembentukan parti politik di Malaysia ini adalah unik dan menarik. Ini kerana
                  pembentukan parti politik berkenaan adalah berasaskan parti politik yang
                  menjurus pada etnik tertentu. Senario ini bukan sahaja berlaku di Semenanjung
                  Malaysia malahan juga di Sarawak dan Sabah. Elemen etnik diletakkan sebagai
                  prasyarat utama dalam pembentukan sesebuah parti politik yang dibentuk. Oleh
                  itu, pada peringkat awal, kita menghadapi masalah untuk bekerjasama hingga
                  wujudnya  konsep Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Perbincangan pada
                  peringkat ini berkisar tentang kerjasama yang telah pun wujud pada peringkat
                  parti politik dalam membentuk landskap  politik Malaysia yang menarik sama
                  ada di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.


                  6.4.1  Politik di Tanah Melayu atau Semenanjung
                             Malaysia


                  Pembangunan politik perpaduan di Malaysia dibina melalui beberapa peristiwa
                  penting yang menjurus pada  pembentukan bentuk politik perpaduan.
                  Pembentukan politik perpaduan  bermula sebelum negara ini merdeka lagi.
                  Kerjasama wujud antara All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat
                  Tenaga  Rakyat (PUTERA). Kedua-dua parti politik ini ialah  parti politik
                  berhaluan kiri.









                                               Copyright
                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177