Page 174 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 174

TOPIK 6    PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK           157




                  Perlembagaan Rakyat  sedikit sebanyak mempengaruhi  orang bukan Melayu
                  untuk menerima kepentingan Melayu. Pada kemuncak situasi ini, parti politik
                  ini bertindak dengan mengadakan „hartal‰. Hartal ialah mogok ekonomi sebagai
                  respons terhadap kerajaan British kerana tidak mempedulikan tuntutan mereka.
                  Hartal bermula di Klang, Melaka dan Perak dan kemudian merebak ke seluruh
                  Tanah Melayu  pada  tahun  1947. Kerjasama politik AMCJA-PUTERA  semakin
                  luntur apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dikuatkuasakan pada
                  tahun 1948. Setelah darurat diumumkan, beberapa persatuan dalam AMCJA dan
                  PUTERA juga telah turut diharamkan yang membawa kemusnahan pakatan
                  politik ini.

                  Sebenarnya, usaha kerjasama politik telah dimulakan sebelum kemerdekaan lagi.
                  AMCJA-PUTERA merupakan kerjasama dua  golongan kiri Melayu  dengan
                  bukan Melayu dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Seterusnya,
                  Perikatan UMNO-MCA dan kemudiannya MIC menunjukkan bahawa kerjasama
                  menjadi asas dalam  politik negara ini. Pada tahun 1946 pula, British
                  memperkenalkan Malayan Union  yang terdiri daripada sembilan buah negeri
                  Melayu, Pulau Pinang  dan Melaka. Rajah  6.3  menyenaraikan ciri-ciri Malayan
                  Union.



































                                             Rajah 6.3: Ciri-ciri Malayan Union



                                               Copyright
                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179