Page 175 - MPU3113 - Hubungan Etnik
P. 175

158        TOPIK 6    PERMUAFAKATAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK




            Malayan Union merupakan pemerintahan yang berasaskan idea negara bangsa
            yang bersifat  unitary iaitu memberi pengakuan kesaksamaan kepada semua
            penduduk sebagai rakyat berdasarkan prinsip jus soli. Malayan Union mendapat
            tentangan hebat daripada orang Melayu di  bawah pimpinan DatoÊ Onn bin
            Jaafar.

            Susulan daripada itu, UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Orang Melayu
            menentang  Malayan Union melalui saluran UMNO serta  mendapat sokongan
            daripada bekas pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah  Melayu.
            Tujuan utama perjuangan UMNO ialah memelihara kepentingan orang Melayu
            serta mengukuhkan kuasa politik mereka.

            Sementara itu, MCA ditubuhkan pada tahun 1949 dengan pelantikan Tan Cheng
            Lock sebagai Presiden. Tujuan utama penubuhan  MCA  adalah untuk
            melindungi kepentingan dan kebajikan orang Cina di Tanah Melayu. MIC pula
            ditubuhkan pada Ogos 1946 dengan pelantikan John Thivy sebagai Presiden.
            Penubuhannya bermatlamat menjaga kepentingan dan kebajikan orang India di
            Tanah Melayu. Kedua-dua pertubuhan ini adalah bertujuan untuk membuktikan
            kepada pihak British bahawa orang Cina dan  India sedia  bekerjasama dengan
            orang Melayu untuk membentuk negara Tanah Melayu yang bersatu.

            Kerjasama etnik dalam Perikatan membawa kejayaan besar dalam proses politik
            awal di Tanah Melayu. Misalnya, dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala
            Lumpur pada tahun 1952,  UMNO dan MCA  telah memenangi 9 daripada  12
            buah kerusi. Pada pilihan raya pertama peringkat persekutuan pada tahun 1955,
            Parti Perikatan gabungan UMNO-MIC-MCA telah menang  besar  iaitu
            memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Satu kerusi lagi
            dimiliki oleh parti PAS apabila mengalahkan UMNO di daerah Beruas, Perak.

            Usaha memupuk kerjasama etnik turut diusahakan oleh DatoÊ Onn Jaafar setelah
            keluar daripada UMNO. Beliau  menubuhkan sebuah parti multi-etnik iaitu
            Independent Merdeka Party (IMP) dan kemudian digantikan dengan Parti
            Negara. Walau bagaimanapun, konsep parti multietnik tidak sesuai pada ketika
            itu dan gagal mendapat sambutan hingga parti itu mati akhirnya. Sementara itu,
















                                               Copyright © Open University Malaysia (OUM)© Open University Malaysia (OUM)
                                               Copyright
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180