Page 100 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 100
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
N. JAWATANKUASA KECERIAAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan
kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke semasa
2. Menyediakan pelan induk landskap sekolah
3. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan
sekolah seperti:-
3.1 Kampen Kebersihan
3.2 Pertandinga Kebersihan Kelas
3.3 Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan
3.4 Ceramah- Ceramah Kebersihan
3.5 Pertandingan Poster Kebersihan
3.6 Menanam Bunga/Pokok di Kawasan Sekolah
3.7 Lawatan ke Sekolah-sekolah Lain
4. Mengadakan projek-projek bersama di antara pihak sekolah dengan
pihak luar (PIBG, Persatuan Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi
mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah
5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai
kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang
dijalankan oleh AJK ini.
6. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa
ke semasa dan membuat laporan kemajuan kerja
7. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar
oleh Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD
8. Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti:-
8.1 Keselamatan lalulintas
8.2 Keselamatan bangunan dan perabot
8.3 Keselamatan di makmal/bengkel/bilik ERT dan lain-lain
9. Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis /polis trafik, bomba,
JKR, JKR Elektrik
10. Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar
11. Memastikan alat mencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi
12. Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan
berhampiran selamat
13. Menetapkan pergerakan lalulintas dan tempat letak kereta pada waktu
majlis rasmi sekolah
O. SENARAI TUGAS GURU BIASISWA
1. Bertanggungjawab kepada Penolong Kanan HEM menjalankan tugas
berhubung dengan urusan biasiswa di peringkat sekolah
2. Bertanggungjawab mengedar arahan-arahan, surat-surat pekeliling dan
borang-borang biasiswa kepada murid-murid
3. Bekerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah dalam semua urusan
kewangan yang berkaitan dengan Biasiswa Kecil Persekutuan atau
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
4. Bertanggungjawab dalam memproses borang-borang permohonan
berbagai jenis biasiswa di peringkat sekolah untuk dikemukakan kepada
bahagian-bahagian berkenaan
5. Menyediakan laporan mengenai data-data yang bersangkutan dengan
pemegang-pemegang biasiswa serta prestasi murid tersebut dalam
pelajaran
100

