Page 13 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 13
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
2.0 ASPIRASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN SEKOLAH
2.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN
MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH
2.1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangkan lagi
Potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmoni Dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan
mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.
2.1.2 MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang
mempunyai daya ketahanan tinggi bagi mematuhi aspirasi dan kehendak
individu,masyarakat dan negara.
2.1.3 MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH
Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi individu
secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek Intelek,rohani, emosi dan jasmani
bagi melahirkan insan yang seimbang ,harmoni dan berakhlak mulia.
2.1.4 WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA
• Perpaduan
• Stail Pengurusan
• Perkhidmatan Penyayang
• Pengupayaan (Empowerment)
• Sistem Pengesanan Yang Elektif
• Budaya Ilmu
• Sekolah Penyayang
• Budaya Cemerlang
• Kearah Tiada Kecacatan (Zero Defect)
2.1.5 10 FOKUS DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN
• Pengetua dan Guru Besar yang berkesan
• Sekolah yang berkesan
• Guru yang professional
• Kurikulum yang berkesan
• Sistem Penilaian dan Peperiksaan
• Pembinaan Infrastruktur Sokongan Pengajaran dan Pembelajaran
• Pembinaan Institusi Perancangan dan Penyelidikan
• Pembinaan Sistem Institusi Pelaksanaan dan Pemantauan Yang Berkesan :
Sistem Pentadbiran
• Pembangunan Staf Yang Komprehensif
• Pembinaan Hubungan Luar dan Masyarakat
13

