Page 14 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 14

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



                       2.1.6  AZAM GURU
                              Sesungguhnya kami berazam dan bertekad untuk menjadikan :-
                                 ▪   Kerja yang kami buat hari ini adalah lebih baik daripada semalam.
                                 ▪   Kerja yang kami buat hari esok adalah lebih baik daripada hari ini.
                                 ▪   Kerja yang kami buat hari – hari seterusnya adalah lebih baik daripada hari – hari
                                     sebelumnya

                       2.1.7 HASRAT PENTADBIR GAYA PENGURUSAN KERJA
                                 ▪   Pengurusan berkualiti berimej
                                 ▪   Bekerja serius, berkesan dan seronok
                                 ▪   Bekerja  dengan  mematuhi  Pekeliling  Kementerian,  Jabatan  Pelajaran  Negeri,
                                     Pejabat Pelajaran Daerah
                                 ▪   Mementingkan Standard Kualiti Kerja dan dokumentasi
                                 ▪   Ketelusan berkerja / kerja rajin dan ikhlas
                                 ▪   Komunikasi yang jelas
                                 ▪   Pemuafakatan / perbincangan
                                 ▪   Ada budi bicara
                                 ▪   Ketepatan masa / ‘time management’
                                 ▪   Keceriaan, keindahan, kebersihan dan keselesaan
                                 ▪   Bekerja bersama – sama saya bukan bekerja untuk saya
                                 ▪   Melayan segala penuh mesra

                       2.1.8  ETIKA KERJA ISLAM
                                 ●  Bekerja dengan azam mengabdi diri kepada Allah
                                 ●  Bekerja dengan ikhlas
                                 ●  Bekerja dengan tekun dan cekap
                                 ●  Bekerja dengan semangat gotong – royong dan berpadu fikiran
                                 ●  Bekerja dengan matlamat manusia sejagat

                       2.1.9  LAPAN TUGAS GURU MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI
                                                         (dipetik dari Ihya’ Ulumuddin Jld. MS. 212 – 223)
                              o      Mempunyai  rasa  belas  kasihan  kepada  murid  –  murid  dan  memperlakukan
                                     sebagai anak sendiri
                              o      Tidak mencari upah, balasan dan terima kasih dengan mengajar ilmu. Mengajar
                                     semata – mata kerana Allah S.W.T
                              o      Tidak menghadkan tingkat pembelajaran – Cuma hendaklah mengingati murid
                                     bahawa ilmu yang diajar adalah semata – mata untuk mendekati diri dengan
                                     Allah S.W.T
                              o      Mengherdik daripada berperangai jahat dengan cara sindiran, dengan cara kasih
                                     sayang dan tidak dengan cara mengejek serta mengaibkan
                              o      Tidak merendah – rendahkan mata pelajaran lain
                              o      Guru harus meningkatkan pembelajaran menurut tenaga pemahaman murid.
                                     Jangan diajar pelajaran yang belum sampai otaknya ke sana. Nanti otaknya lari
                                     atau otaknya tumpul
                              o      Kepada murid yang kurang upaya pemikirannya hendaklah diberi pelajaran yang
                                     jelas dan layak kepadanya. Jangan disebut kepadanya bahawa di sebalik apa –
                                     apa yang disampaikan ada lagi perkara – perkara yang lebih besar
                              o      Guru hendaklah mengamalkan ilmu yang diajar dalam hidupnya






                                                                                                          14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19