Page 17 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 17
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
5. JPU/JSU
● Jadual Penentuan (spesifikasi) ujian mesti disediakan oleh semua guru bagi setiap mata pelajaran
mengikut tingkatan dengan nisbah 6:3:1
● Soalan yang terdapat dalam Bank Soalan mesti diklasifikasikan mengikut tahap kesukaran,
umpamanya Taksonomi Bloom
● Analisis prestasi pelajar dalam ujian mesti dilakukan selepas sesuatu ujian dijalankan
6. Kerja Bertulis/kerja Rumah
● Latihan bertulis serta latih tubi secara lisan mesti diberi sebagai pengukuhan dan pengayaan
dalam setiap pelajaran
● Untuk memenuhi keperluan individu jumlah kerja bertulis mesti melebihi tahap minima, pelajar
yang rajin serta lebih cerdas digalakkan membuat lebih daripada tahap minima itu
● Semua kerja bertulis harus disemak secara teliti, konstruktif dan pembetulan harus dibuat oleh
pelajar berkenaan
● Kerja bertulis bagi setiap mata pelajaran dalam setiap kelas akan dipantau sekali sebulan oleh
seorang guru mengikut giliran yang ditetapkan oleh Ketua Panitia/JK Kurikulum
● Senarai semak pemantauan kerja bertulis akan diserahkan kepada urusetia melalui penyelaras
panitia pada tarikh yang ditetapkan
● Kerja bertulis yang dibuat dalam helaian atau lembaran harus difailkan
● Setiap orang guru dikehendaki membuat catatan dalam Rekod Pemantauan Kerja Bertulis yang
berada di dalam setiap kelas
7. Urusan Panitia
● Fokus akan ditumpukan kepada masalah-masalah proses pengajaran dan
pembelajaran; kemahiran asas dan pengetahuan.
● Kelemahan-kelemahan umum akan dikenal pasti serta di senaraikan. Pelan Tindakan yang
disatukan (consolidated Action Plan) akan disediakan. Di peringkat Panitia, Pelan Tindakan akan
mengandungi aktiviti-aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan
serta pengalaman guru.
● Segala aktiviti yang dijalankan harus berkesan serta membawa impak dari segi peningkatan
proses pengajaran dan pembelajaran.
● Instrumen penilaian/ kertas ujian harus diselaraskan dan penyediaannya harus mengikut giliran.
● Fail-fail yang diwujudkan seperti pada masa kini perlu disenggarakan. Fail-fail harus mempunyai
rujukan yang selaras dengan sistem fail sekolah.
● Panitia akan berjumpa sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
- Mesyuarat awal tahun akan menyediakan rancangan tahunan serta pelan tindakan di
samping menetapkan sasaran kerja tahunan. Keputusan PT3 akan di bincangkan
bersama.
- Mesyuarat pertengahan tahun akan membuat analisis terhadap kemajuan pelajar serta
menambaikkan segala aktiviti/ program yang masih kurang membawa impak yang
diharapkan. Keputusan SPM akan dibincangkan secara mendalam.
- Mesyuarat ketiga akan mengkaji semula aktiviti/ program dalam pelan tindakan serta
menilai sejauh mana ia telah membolehkan pelajar mencapai sasaran yang telah
ditetapkan pada awal tahun (Gap Analysis/ Analisis Lompang).
- Mesyuarat keempat pada penghujung tahun akan diadakan untuk menyediakan laporan
tahunan di samping itu membuat rancangan untuk tahun akan datang khususnya dari
segi:
i. Pemilihan bahan pdpc;
ii. Penentuan buku/ bahan rujukan;
iii. Pengagihan tingkatan serta kelas kepada ahli-ahli mata pelajaran (untuk
tujuan menyediakan Jadual Waktu);
iv. Merancang aktiviti serta anggaran untuk tahun akan datang;
v. Kecukupan tenaga pengajar dan
17

