Page 16 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 16
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
2.5 DASAR PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH, SMK. LANGKAWI
1. Ahli Jawatankuasa
● Jawatankuasa Kurikulum diketuai oleh Pengetua
● Penolong Kanan 1 (kurikulum), Penolong Kanan HEM, dan Penolong Kanan Kokurikulum akan
menjadi Urusetia
● Ketua-ketua bidang, guru cemerlang, guru SPBT, guru pusat sumber dan setiausaha peperiksaan
adalah ahli tetap
● Ahli Jawatankuasa Kurikulum akan terdiri daripada semua Ketua Panitia bagi setiap mata
pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
● Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum akan diadakan 4 kali setahun
● Tarikh mesyuarat akan ditetapkan dalam takwim sekolah
● Minit mesyuarat akan diedarkan melalui Pigeon Hole peribadi / Google Drive
3. Penilaian dan Peperiksaan
● Untuk Tingkatan 1,2,3, 4 dan 5, penilaian kemajuan pelajar secara wajib diadakan sekurang-
kurangnya 3 kali setahun. Pakej ini terdiri daripada Ujian Sumatif 1/Ujian 1, Ujian Sumatif
2/Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Ujian Sumatif 3/Peperiksaan Akhir Tahun atau
Peperiksaan Percubaan untuk tingkatan 3 dan 5. Ujian topikal amat disaran untuk dilaksanakan.
Bagi Tingkatan 1,2 dan 3, PBS/PBD dilaksanakan sepanjang tahun dan semua pelajar dikehendaki
menduduki peperiksaan minima sebanyak 3 kali.
● Tarikh ujian sumatif ditetapkan dalam takwim sekolah sebagai panduan dan diselaraskan
● Tarikh ujian topikal ditetapkan oleh guru mata pelajaran
● Instrumen penilaian/kertas ujian serta skema pemarkahan akan diselaraskan dan penyediaannya
akan mengikut giliran yang ditetapkan dalam mesyuarat panitia
● Rekod keputusan setiap ujian akan diserahkan kepada urusetia melalui ketua/penyelaras panitia
di bawah penyelarasan setiausaha peperiksaan
● Rekod keputusan ujian untuk setiap semester/penggal akan diserahkan kepada urusetia melalui
guru tingkatan
● Rekod keputusan harus dilengkapkan dengan analisis trend turun atau naik individu, kelemahan
kelas (samada kelemahan dalam penguasaan asas atau pengetahuan) dan cadangan untuk
mengambil tindakan susulan iaitu proses penambahbaikan (PILL-Pelan Intervensi 5 Langkah).
● Kedudukan pelajar dalam setiap ujian semester/penggal dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 akan
ditentukan oleh kelulusan dengan gred di dalam semua mata pelajaran dan markah purata bagi
semua mata pelajaran
● Kedudukan/kelulusan pelajar bagi tingkatan 4 dan 5 pula akan ditentukan oleh kelulusan dalam
subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta markah serta gred purata bagi mata pelajaran
yang diambil.
4. Instrumen Penilaian (Kertas Ujian)
● Soalan-soalan sedia ada dalam buku rujukan/kerja tidak boleh diambil secara keseluruhan tanpa
pindaan
● Segala ujian yang dirancang mesti dalam bentuk penilaian. Konsep penilaian membawa implikasi
tindakan susulan secara pembetulan dan pembaikan akan dilaksanakan.
● Guru yang menyediakan kertas soalan khususnya untuk satu tingkatan dikehendaki memastikan
masa sekurang-kurangnya tiga hari (ujian topikal 2 minggu/ujian penggal) diberi kepada
pencetak kemudian mesti memastikan kertas soalan mencukupi, distaple dan disimpan sebelum
dihantar untuk percetakan
16

