Page 18 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 18

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



                                 vi.     Rekod persediaan mengajar.

                                        - Aktiviti/ program yang dicadangkan adalah:-
                                       i. Sesi pengayaan/ pemulihan bagi kumpulan sasaran
                              ii.  Latihan latih tubi bertulis-proses pengukuhan
                              iii.  Ulangkaji
                              iv. Format kertas ujian yang strategik
                              v.  Penilaian secara berkesan

                          -   Tugas-tugas iktisas Panitia akan dibahagikan kepada ahli-ahlinya mengikut pengalaman
                              serta kebolehan

                  8.   Program Ulangkaji
                       ▪ Guru mata pelajaran di Tingkatan 3 dan 5 dikehendaki menghabiskan sukatan pelajaran
                       (rancangan mengajar) pada tarikh yang telah ditetapkan dalam takwim sekolah. Sekiranya pada
                       pendapat profesional guru sukatan pelajaran tidak dapat dihabis pada tarikh itu, kelas
                       tambahan mesti diadakan
                       ▪ Ulangkaji ‘overlapping’ bagi sukatan pelajaran tahun/ tahun-tahun lepas mesti dijalankan
                       secara terancang, beransur maju serta berterusan dari bulan Januari hingga Peperiksaan
                       Percubaan. Guru mata pelajaran akan mengenal pasti topik untuk dinilai dan menetapkan tarikh
                       untuk mengadakan ujian. Pelajar akan membuat ulangkaji sendiri. Mengikut konsep “Mastery
                       Learning” sekiranya prestasi pelajar tidak mencapai tahap kelulusan yang ditetapkan oleh guru,
                       topik-topik berkenaan harus diajar semula. Kemudian penilaian akan diadakan semula bagi
                       topik-topik yang sama. Usaha ini akan diulang sehingga pelajar-pelajar menunjukkan prestasi
                       yang boleh diterima
                       ▪Program ulangkaji intensif yang terjadual mesti disediakan pada tarikh yang ditetapkan dalam
                       takwim sekolah. Isi kandungan serta tarikh program mesti lengkap. Pelaksanaan program akan
                       dipantau oleh Penolong Kanan Pentadbiran.

                  9. Pencerapan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
                   ●  Setiap orang guru akan dicerap sekurang-kurangnya  dua kali dalam satu tahun akademik melalui
                       program Pemantauan Standard 4 SKPMg2
                   ●  Pencerapan berdasarkan rakan sekerja dalam panitia  mesti diadakan dalam penggal pertama.
                       Borang  pencerapan  yang  lengkap  diisi  mesti  diserahkan  kepada  PK1  melalui  Ketua  Panitia
                       sebelum hari terakhir penggal pertama.
                   ●  Budaya PLC dan PAK21 disaran dan digalakkan untuk dipraktikkan semasa pdpc
                   ●  Semua guru digalakkan membuat cadangan untuk sesi perkembangan staf.
                   ●  Mengamalkan developmental supervision.


                10. Perkembangan Staf & Latihan Dalaman ‘In-Houses Training’
                   ●  Setiap panitia akan mengemukakan cadangan perkembangan staf sekiranya perlu. Seseorang
                       pakar  sama  ada  dari  kalangan  staf  atau  dari  luar  boleh  dijemput  untuk  menjalankan  sesi
                       perkembangan staf.
                   ●  Latihan dalaman perlu diadakan sebaik sahaja seorang ahli panitia telah menghadiri kursus atau
                       taklimat yang berkait dengan mata pelajaran atau profesionnya.







                                                                                                          18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23