Page 24 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 24

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



               3.3     PERATURAN AM SMK LANGKAWI

                              3.3.1 Arahan  Am

                                     1.1    Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan
                                            yang      terdapat  dalam  Perintah  Am  Kerajaan.  Oleh  itu  semua  guru
                                            dikehendaki  membaca,  memahami  dan  juga  mematuhi  Perintah  Am
                                            tersebut.
                                     1.2    Guru  dan  staf  sokongan  sekolah  dinasihatkan  supaya  membaca,
                                            memahami  dan  boleh  mentafsirkan  dengan  tepat  akan  kandungan
                                            Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
                                     1.3    Guru  hendaklah  menghayati  tatasusila  profesion  keguruan  dan
                                            menjunjungnya  sebagai  satu  profesion  dan  bukan  sebagai  satu
                                            pekerjaan/mata pencarian semata-mata.
                                     1.4    Semua  guru  dan  staf  sokongan  hendaklah  mengamalkan  dan
                                            menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
                                     1.5    Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat
                                            Pendidikan Negara.
                                     1.6    Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan
                                            diri dalam menjalankan tugas.
                                     1.7    Bertanggungjawab menjaga  dan menjamin  keselamatan  murid  ketika
                                            murid berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
                                     1.8    Sentiasa mengamalkan kepimpinan  yang  berkesan  dan  dinamik  serta
                                            cekap menjalankan tugas.
                                     1.9    Menjadi “role-model”
                                     1.10   Tunjukkan kepimpinan melalui teladan.
                                     1.11   Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan – TEAM (Together
                                            Everyone Achieve Much)

                               3.3.2  Kedatangan

                                     2.1    Jadual  waktu  belajar  mesti  dipatuhi  seperti  ditetapkan  oleh  pihak
                                            sekolah.
                                     2.2    Guru dikehendaki berada di kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu
                                            belajar  dan  menandatangani  Buku  Kehadiran  semasa  sampai  dan
                                            sewaktu balik sekolah.
                                     2.3    Guru  yang  tidak  dapat  hadir  atau  terpaksa  datang  lewat  hendaklah
                                            memberikan  kenyataan  dan  sebab-sebab  yang  wajar.  Guru  mesti
                                            memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual ganti dapat
                                            disediakan.
                                     2.4    Semua  urusan  peribadi  guru  hendaklah  dibuat  di  luar  waktu  sekolah
                                            kecuali  dalam keadaan kecemasan.

                               3.3.3   Keluar Waktu Mengajar

                                     3.1    Guru  tidak  dibenarkan  meninggalkan  kawasan  sekolah  dalam  masa
                                            waktu  mengajar  kecuali  jika  ada  sesuatu  perkara  yang  tidak  dapat
                                            dielakkan  atau  arahan  dari  Jabatan  Pendidikan/Pejabat  Pendidikan
                                            Daerah  dengan  syarat  mendapat  kebenaran  dari  Pengetua/Penolong
                                            Kanan.
                                     3.2    Guru  dikehendaki  mengisi  borang  kebenaran  keluar  dan  dituliskan
                                            dalam  Buku  Rekod  Keluar.  Dapatkan  tandatangan  Pengetua/Guru
                                            Penolong Kanan sebelum  keluar.

                                                                                                          24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29