Page 20 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 20

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



               2.6     FOKUS KECEMERLANGAN SEKOLAH TAHUN 2020


                   2.6.1  FOKUS UTAMA SEKOLAH

                   a)  Memastikan Pencapaian peperiksaan Awam PT3 dan SPM 2020 yang terbaik antara tahun-
                       tahun sebelumnya, iaitu GPS di bawah 3.50 bagi PT3 dan 6.00 bagi SPM.
                   b)  Kecemerlangan akademik berlaku secara berterusan dengan mengenal pasti pencapaian
                       pelajar secara individu iaitu dengan menguasai headcount dan memastikan pemulihan dibuat
                       pada peringkat awal.
                   c)  Memastikan Penilaian dan pentaksiran di peringkat sekolah kebal dan pembinaan soalan
                       adalah berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
                   d)  Mengadakan Pembangunan Staf secara terancang agar guru dan staf mendapat latihan terbaik.
                   e)  Meneruskan Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) dan memastikan penghantaran
                       laporannya mengikut tarikh yang ditetapkan oleh JPN.  (Menggunakan SKPMg2)
                   f)  Mengadakan pelbagai program untuk melahirkan modal insan  kelas pertama kepada semua
                       warga SMK Langkawi.
                   g)  Memastikan pencapaian sekolah terus cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga
                       kokurikulum.
                   h)  Memastikan keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah dikekalkan malah dipertingkatkan
                       lagi.

                   2.6.2  FOKUS AKADEMIK

                   a)  Mengekal  dan  meningkatkan  peratus  kelulusan  dalam  peperiksaan  awam  PT3,  SPM  dan
                       peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan 1, 2 dan 4.
                   b)  Meningkatkan kualiti kelulusan dalam peperiksaan awam PT3, SPM dan peperiksaan akhir tahun
                       untuk tingkatan 1, 2 dan 4.
                   c)  Memantapkan  dan  meningkatkan  proses  pengajaran  ICT  dan  pembelajaran  dengan
                       mengoptimumkan penggunaan ABM secara berkesan.  (PLC / PAK21)
                   d)  Memantapkan pelaksanaan program Kementerian Pelajaran Malaysia
                   e)  Memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah supaya dapat menyediakan bahan rujukan
                       yang mencukupi, kondusif, kreatif, ceria dan digunakan oleh pelajar dan guru secara berkesan.
                   f)  Pelaksanaan pemantauan kurikulum berkualiti secara bersepadu dan berkesan. (E-RPH)
                   g)  Memantapkan dan meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru dalam bidang self-esteem,
                       pedagogi dan ICT.  (Google Classroom)


               2.6.3  FOKUS HAL EHWAL PELAJAR


                   a)  Membudayakan  ‘budaya’ sekolah berakhlak mulia, hormat menghormati dan berkomunikasi
                       dengan berkesan.
                   b)  Memantapkan imej pelajar dari segi disiplin, penampilan diri, kesopanan dan kesusilaan.
                   c)  Memantapkan kebersihan bilik kelas supaya berada dalam keadaan kondusif, bersih, ceria dan
                       harmoni.
                   d)  Memastikan setiap orang guru adalah guru disiplin dan memainkan peranan secara aktif didalam
                       menangani masalah disiplin
                   e)  Meningkatkan pengurusan kafeteria  dari segi pengurusan, penyediaan makanan, kebersihan
                       dan keindahan supaya berada pada tahap kualiti yang tinggi.
                   f)  Memperkasa Program 3K – Sekolah Selamat, Sekolah Bersih dan Sekolah Sihat.



                                                                                                          20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25