Page 19 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 19

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



               11. Pusat Sumber
                   ●  Pusat Sumber Sekolah terdiri daripada Perpustakaan, Bilik Bacaan, dan bilik APD.
                   ●  Bilik Sumber akan digunakan untuk menyimpan serta mengesan penggunaan alat/ bahan bantu
                       mengajar,  dokumen-dokumen  asas  pdp  seperti  Surat  Pekeliling  Iktisas,  Pekeliling  Kemajuan
                       Perkhidmatan Awam, Warta Kerajaan, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, modul-
                       modul serta buku-buku rujukan.
                   ●  Bahan-bahan iktisas asal yang diterima oleh setiap Ketua Unit (kurikulum), kokurikulum, panitia,
                       pejabat am dan lain) akan disimpan dalam Bilik Sumber. Salinan Photostat  boleh dibuat untuk
                       diedarkan/ digunakan.
                   ●  Guru-guru  digalakkan  menggunakan  Bilik  Sumber.  Pelajar-pelajar  tidak  dibenarkan
                       menggunakan Bilik Sumber.
                   ●  Bilik APD  akan digunakan untuk tayangan, kursus, ceramah, mesyuarat staf serta aktiviti-aktiviti
                       yang dibenarkan oleh Pejabat.


               12. Penetapan Sasaran & Tindakan Susulan
                   ●  Sebelum setiap penilaian/ ujian/ peperiksaan, guru mata pelajaran dikehendaki menetapkan
                       sasaran bagi setiap orang pelajar (headcount).
                   ●  Tujuannya ialah untuk menggalak pelajar berusaha dengan bersungguh agar potensinya dapat
                       direalisasikan.
                   ●  Sasaran  dalam  bentuk  gred  atau  markah mestilah munasabah  supaya  ia  tidak  akan menjadi
                       tekanan kepada setiap pelajar.
                   ●  Guru Tingkatan akan menentukan bilangan sasaran (mata pelajaran) yang harus dicapai oleh
                       setiap orang pelajar.
                   ●  Tindakan susulan harus diambil oleh Guru Tingkatan selepas setiap penilaian/ ujian/ peperiksaan
                       secara konstruktif terhadap pelajar yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan oleh guru.
                   ●  Pelajar yang tidak memperlihatkan perubahan sama ada dari segi sikap, prestasi atau minat
                       mesti dibawa kepada kaunselor untuk tindakan dan dirujuk kepada Pengetua.
                   ●  Tindakan-tindakan yang dicadangkan ialah seperti berikut:-

                      a)      Membuat semula penilaian yang serupa;
                      b)      Ditahan selepas waktu terakhir untuk membuat pembetulan;
                      c)       Membuat kerja komuniti pada hari sabtu;
                      d)      Diberi rotan pada tapak tangan (dengan kebenaran pengetua);
                      e)      Wajib belajar di perpustakaan pada waktu petang;
                      f)       Ibu bapa dipanggil untuk berbincang dan;
                      g)      Lain tindakan yang konstruktif.

               13. Prestasi dan sasaran Peperiksaan Awam (PT3 dan SPM)

                       Guru  Kanan  dan  Ketua  Panitia  mata  pelajaran  mestilah  membuat  analisis  tentang  prestasi
                       pencapaian peperiksaan awam dan seterusnya menjadikan suatu perkara/agenda perbincangan
                       dalam  mesyuarat;  mengkaji  kekuatan,  kelemahan  dan  merancang  strategi  peningkatan
                       keputusan peperiksaan di setiap peringkat.












                                                                                                          19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24