Page 91 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 91

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



                              E.    PENYELARAS GURU TINGKATAN

                                     1.     Bertanggungjawab  membuat  pembahagian  pelajar  dalam  kelas  di
                                            bawah jagaannya. Persetujuan GP  Kanan perlu diminta terlebih dahulu.
                                     2.     Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penepatan mengikut
                                            kelulusan  perkara-perkara yang telah dipersetujui.
                                     3.     Membantu Guru Tingkatan dalam hal-hal berkaitan pengagihan bantuan
                                            pelajar miskin/buku teks (SPBT).
                                     4.     Membantu PK HEM dan guru penyelaras bantuan menguruskan hal-hal
                                            berkaitan  kelayakan  pelajar  yang  mendapat  wang  bantuan  setelah
                                            mendapat maklumat daripada guru  tingkatan.
                                     5.     Memaklumkan  kepada  P.  Kanan/  Pengetua  tentang  jumlah  pelajar
                                            dalam setiap tingkatan dari masa ke semasa.
                                     6.     Menjadi penyelaras peperiksaan bagi kelas di bawah jagaan.
                                     7.     Memastikan  surat-surat  kelulusan  kemasukan  pelajar  baru  disimpan
                                            dalam daftar masuk dengan kemas dan teratur.
                                     8.     Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling bagi mendapatkan
                                            kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku petukaran
                                            pelajar:-
                                            8.1    Rekod Kemajuan Pelajar
                                            8.2    Kad Kokurikulum
                                            8.3    Kad 001
                                            8.4    Borang Kelulusan Pinjaman Buku Teks
                                            8.5    Lain-lain yang difikirkan perlu
                                     9.     Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran pelajar. Fail tersebut mesti
                                            disimpan  di  pejabat.  Perlu  mendapat  kerjasama  dari  Pembantu  Am
                                            Pejabat.
                                     10.    Bekerjasama  menyempurnakan  analisis  peperiksaan  PT3  dan
                                            SPM/semester/Ujian Bulanan.
                                     11.    Bekerjasama  dengan  setiausaha  peperiksaan  meyedia  dan  menyiap
                                            bilik-bilik peperiksaan.
                                     12.    Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan bekerjasama
                                            dengan guru tingkatan dan PK HEM dalam hal pengagihan/penempatan
                                            tingkatan.
                                     13.    Sentiasa  memastikan  bilangan  terkini  pelajar  serta  nombor
                                            bilangan/pendaftaran adalah betul.
                                     14.    Sentiasa menyemak dan mengemaskini fail-fail kemasukan pelajar dan
                                            memastikannya  selari  dengan  Buku  Pendaftaran  Pelajar.  Buku  ini
                                            hendaklah disimpan di pejabat (Simpanan GP HEM).
                                     15.    Menyimpan borang-borang kemasukan pelajar baru dalam fail daftar
                                            mengikut kelas.
                                     16.    Memastikan  pelajar  baru  ditempatkan  di  kelas  mengikut  kelulusan
                                            /perkara-perkara  yang  telah  dipersetujui.  Rujuk  Guru  Tingkatan/GP
                                            HEM.
                                     17.    Menyampaikan  laporan  tentang  pelajar  baru  kepada  PK  HEM  atau
                                            Pengetua.
                                     18.    Menjalankan  tugas  lain  yang  diarahan  oeh  Pengetua  dari  masa  ke
                                            semasa.







                                                                                                          91
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96