Page 91 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 91

Kesihatan amat penting dalam  kehidupan manusia sehari-
               hari. Melalui  kesihatan  yang baik,  seseorang  itu akan  dapat

               melaksanakan aktiviti harian tanpa sebarang halangan. Kesihatan
               dapat  disifatkan sebagai  keadaan  tubuh badan yang  bebas
               daripada sebarang penyakit fizikal dan mental. Namun, dalam era
               globalisasi       kini,    masalah         kesihatan        telah     membelenggu

               kebanyakan  institusi keluarga di negara  ini.  Ibnu Majah ada
               meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
               yang  bermaksud bahawa  mintalah kepada  Tuhanmu  kesihatan

               dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tiada perkara yang lebih
               baik  daripada  kesihatan dan  kesejahteraan selepas keimanan.
               Terdapat  langkah-langkah yang  boleh dilakukan oleh ibu  bapa

               bagi menjamin kesihatan ahli keluarga.

                       Langkah  utama  yang  boleh diambil  oleh ibu bapa  bagi
               menjamin kesihatan ahli keluarga adalah mengutamakan sajian

               makanan seimbang. Sajian makanan seimbang merujuk kepada
               hidangan  makanan harian  yang  mengandungi kombinasi
               pelbagai jenis makanan untuk membekalkan zat makanan yang

               diperlukan oleh tubuh badan. Impak sajian makanan seimbang ini
               akan membekalkan  tubuh badan dengan  pelbagai  jenis
               makanan dalam kuantiti yang berbeza bagi menjamin kesihatan.
               Sebagai contohnya, piramid makanan merupakan satu panduan

               mudah  bagi ibu bapa  mempelbagaikan  sajian makanan
               seimbang kerana bentuk piramid yang lebih besar pada bahagian

               bawah         dan       semakin        mengecil         pada       bahagian          atas
               menggambarkan bahawa  lebih banyak  makanan pada
               bahagian dasar piramid  perlu disajikan  seperti  sayur-sayuran
               manakala  makanan  pada puncak  piramid seperti makanan

               berlemak perlu dikurangkan dalam menu seharian. Golongan bijak
               pandai ada mengungkapkan  bahawa  jauh  lebih sulit  untuk
               membuat orang sihat daripada daripada membuat mereka sakit.

               Tegasnya, bagi memelihara kesihatan ahli keluarga ibu bapa perlu
               mengutamakan  sajian makanan seimbang  dalam hidangan
               keluarga.








                                                           91
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96