Page 95 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 95
Tanggungjawab Pelbagai Pihak dalam Menjaga Kebersihan
Penulis: Aisyah Syafiqah binti Azman Yahya
Kebersihan merupakan tanggungjawab kita bersama. Jika
setiap individu mempunyai kesedaran ini, sudah pasti seluruh
masyarakat akan bersama dalam usaha menjaga kebersihan.
Secara literalnya perkataan kebersihan membawa maksud
keadaan yang bersih daripada kekotoran atau pencemaran.
Sejak akhir-akhir ini amalan menjaga kebersihan ini tidak dapat
dilaksanakan secara berterusan dan disifatkan gagal menjadi
budaya dalam kehidupan kita. Pada 21 Februari 2019,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah
mengumumkan kewujudan Dasar Kebersihan Negara sebagai
inisiatif pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan
amalan kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan
kelestarian alam sekitar. Semua pihak bertanggungjawab dalam
menjaga kebersihan.
Tanggungjawab menjaga kebersihan yang utama, dipikul
oleh para ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa
berkewajipan menerapkan amalan menjaga kebersihan diri dan
tempat tinggal dalam kehidupan anak-anak. Sebagai akibatnya,
anak-anak akan mencontohi ibu bapa mereka kerana pendidikan
awal bermula dari rumah. Aspek seperti mandi, menggosok gigi,
memotong kuku, mencuci tangan, dan kebersihan bilik tidur yang
ditekankan oleh ibu bapa akan melahirkan generasi yang peka
dengan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Benarlah kata
orang tua-tua bahawa getah daun akan mengalir ke batang jua,
iaitu anak-anak menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan
sikap. Tegasnya, ibu bapa yang mengasuh anak-anak dengan
kebersihan akan melahirkan generasi yang cintakan kebersihan,
kecantikan dan kekemasan.
95

