Page 96 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 96
Seterusnya, tanggungjawab menjaga kebersihan turut
digalas oleh setiap anggota masyarakat. Keadaan ini merujuk
kepada setiap anggota masyarakat seharusnya berada di barisan
hadapan dalam aspek amalan kebersihan dengan mempunyai
disiplin diri yang tinggi. Impak apabila setiap anggota masyarakat
mengutamakan kebersihan, pihak kerajaan dapat mengurangkan
beban menyelenggara bahan buangan dan sampah sarap.
Sebagai contohnya amalan kebersihan kecil seperti tidak
membuang sampah dari dalam kereta ke atas jalan raya
mencerminkan setiap anggota masyarakat di negara ini masih lagi
terkebelakang daripada segi amalan kebersihan. Islam sebagai
agama yang sempurna menegaskan bahawa menjaga
kebersihan itu merupakan tuntutan agama, justeru kita harus
melaksanakan tuntutan tersebut seperti mana juga melaksanakan
tuntutan agama yang lain. Natijahnya, jika setiap anggota
masyarakat bertanggungjawab terhadap kebersihan, suasana
yang indah dan permai akan dapat diwujudkan.
Selain itu, media massa juga berperanan dalam menangani
isu kebersihan. Hal ini merujuk kepada media massa sebagai
penyebar maklumat mempunyai pengaruh yang besar dalam
kehidupan masyarakat. Kesan daripada maklumat yang disiarkan
dalam pelbagai bentuk oleh media massa akan membina persepsi
dan tanggapan serta membentuk sikap masyarakat terhadap isu
kebersihan yang berlaku di negara ini. Sebagai misalnya, media
massa secara konsisten boleh menanam kesedaran dalam
kalangan masyarakat bahawa sampah bukan semata-mata
lebihan yang perlu dibuang, tetapi masih ada nilai bagi buangan
kepada mereka yang memerlukan, perlu diguna semula kerana
masih boleh digunakan, masih berguna dalam konteks kegunaan
yang lain, perlu diberi nilai dan citra baharu, boleh diagih atau
dijual dalam ekosistem sirkular, malah boleh dijadikan bahan bakar
menjana tenaga lestari. Peribahasa Inggeris pernah
mengutarakan bahawa hijau dan bersih bukan hanya suatu
aspirasi tetapi merupakan suatu tindakan. Jelaslah, media massa
bertanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran dan
membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat
96

