Page 92 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 92

Pendekatan kedua yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi
               menjamin kesihatan ahli keluarga adalah mengawal pengambilan

               makanan ringan.  Makanan ringan  dapat disifatkan sebagai
               makanan tidak berkhasiat yang tinggi kalori daripada gula atau
               lemak dengan sedikit serat, protein, vitamin, mineral atau bentuk
               penting  lain daripada  nilai  pemakanan. Kesan  pengambilan

               makanan ringan  boleh  menumpulkan selera  makan  hidangan
               utama, menyebabkan  kerosakan gigi,  masalah ingatan  dan
               tumpuan  dalam  pembelajaran, lesu  dan tidak  bermaya, boleh

               menyebabkan kemurungan  di samping  meningkatkan risiko
               terkena penyakit  darah tinggi dan  kencing manis.  Sebagai
               contohnya,  makanan ringan  daripada  produk komersial seperti

               gula-gula, ais krim, makanan ringan masin, dan minuman ringan
               yang  biasanya  diambil antara  waktu makan  utama  oleh anak-
               anak  boleh meningkatkan  tahap  insulin  dalam  tubuh  serta

               mengehadkan  keupayaan  untuk  berfikir,  mengingat  atau
               mencipta kenangan. Memetik kata-kata Confucius bahawa tiada
               kebahagian jika tiada kesihatan, tiada kesihatan tanpa makanan

               berzat. Jelaslah bagi memastikan kesihatan ahli keluarga sentiasa
               terjamin,  pengambilan  makanan ringan  perlu  diawasi oleh ibu
               bapa.

                       Seterusnya,  ibu bapa perlu  membudayakan  amalan

               bersenam  bagi mengekalkan  kesihatan ahli  keluarga.  Amalan
               bersenam  merujuk kepada  aktiviti fizikal  atau  riadah yang

               dilakukan dalam jangka masa tertentu secara tetap dan konsisten.
               Impak  amalan bersenam  bukan sahaja  akan  mengoptimumkan
               pertumbuhan tulang  dan  otot,  meningkatkan  kecergasan dan
               imuniti,      mempertajam            kemahiran         motor       dan      mengawal

               kegemukan            dalam        kalangan         anak-anak         malah        dapat
               meningkatkan  fungsi tubuh untuk melawan  angin ahmar
               khususnya dalam kalangan ahli keluarga yang sedang meniti usia

               emas. Sebagai buktinya amalan bersenam seperti berbasikal dan
               berjogging yang dilakukan secara intensif akan dapat melahirkan
               anak-anak yang lebih cenderung kekal aktif dan sihat secara fizikal

               apabila  dewasa  kelak. Pujangga  pernah berkata  bahawa  sihat
               adalah sebahagian daripada gaya hidup yang teratur, biasakan
               sejak muda agar  tua  tidak  terseksa.  Sudah  terang  lagi bersuluh,


                                                           92
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97