Page 93 - BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED
P. 93
amalan bersenam yang dititikberatkan oleh ibu bapa dapat
mengekalkan kesihatan ahli keluarga.
Usaha terakhir yang patut dilakukan oleh para ibu bapa bagi
menjamin ahli keluarga kekal sihat adalah dengan mempraktikkan
tabiat tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi secara
konseptualnya dapat difahami sebagai berehat dengan mata
terpejam serta anggota badan dan fikiran tidak aktif sehingga
tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam suatu
tempoh tertentu yang lazimnya pada waktu malam. Manfaat di
sebalik tidur yang mencukupi adalah berupaya mengembalikan
tenaga setelah digunakan sepanjang hari untuk pelbagai rutin,
dapat menganalisis serta mengingati sesuatu perkara dengan
lebih baik dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit
darah tinggi dan serangan jantung. Sebagai misalnya, tabiat tidur
yang mencukupi mengikut aturan masa tidur yang
ditetapkan akan dapat meningkatkan fokus ahli keluarga semasa
bekerja atau belajar keesokan harinya. Peribahasa Inggeris pernah
mengungkapkan bahawa tidur awal dan bangun awal
membuatkan anda sihat, kaya dan bijak. Sesungguhnya bagi
memastikan kesejahteraan ahli keluarga, tabiat tidur yang
mencukupi perlu ditekankan oleh ibu bapa.
Sebagai penutup bicara, dapatlah disimpulkan bahawa
terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
bagi menjamin kesihatan ahli keluarga sebagai mana yang
dikupas di atas. Sehubungan itu, ibu bapa disarankan agar tidak
memandang enteng amalan gaya hidup sihat bagi menjamin
kesihatan ahli keluarga. Begitu juga, ibu bapa dicadangkan agar
bersedia untuk meningkatkan ilmu keibubapaan dari semasa ke
semasa sebagai nilai tambah akses penjagaan kesihatan berkualiti
dalam kehidupan berkeluarga. Dengan demikian aspirasi untuk
mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti
akan dapat direalisasikan. Benarlah kata-kata kesihatan keluarga
tonggak kesejahteraan komuniti.
(777 patah perkataan)
93

