Page 20 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 20
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
6.5. Cadangan beliau disokong oleh Tuan Sr Haji Mohd Maideen bin
Mustapha Ismail.
6.6. Keputusan :-
Mesyuarat sebulat suara bersetuju meluluskan Anggaran
Pendapatan Dan Perbelanjaan Bagi Tempoh 2021 dan Anggaran
Penerimaan Dan Pembayaran Tunai Dari 01/01/2021 hingga
31/12/2021 sepertimana yang dibentangkan.
AGENDA 7 : MENGISYTIHARKAN ATAU MENERBITKAN SYER-SYER BONUS
7.1. Pengerusi Mesyuarat yang juga Pengerusi KOJUTA
mengisytiharkan bahawa cadangan pemberian dividen kepada
anggota pada tahun kewangan berakhir 2020 adalah sebanyak
5.0%. Walau bagaimana pun ianya adalah tertakluk kepada
kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
7.2. Beliau memaklumkan bahawa penerbitan kepada syer-syer
bonus tiada pada tahun ini berikutan masih belum ada
penjualan kepada mana-mana aset milik Koperasi Jurukur
Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA). Beliau turut memaklumkan
bahawa KOJUTA kini masih dalam proses urusan menjual tanah
di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
AGENDA 8 : MEMBINCANGKAN DAN MELULUSKAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA
LEMBAGA DICADANGKAN, ELAUN-ELAUN KEPADA ANGGOTA-
ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN DAN
SARAAN KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA YANG DILANTIK
SEBAGAI PENGARAH BAGI SUBSIDIARI ATAU SUBSIDIARI-SUBSIDIARI
KOPERASI INI, JIKA ADA
8.1. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan agenda seterusnya iaitu
membincangkan dan meluluskan honorarium kepada Anggota
Lembaga dicadangkan, elaun-elaun kepada anggota-anggota
lembaga dan jawatankuasa audit dalaman dan saraan kepada
anggota-anggota lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi
subsidiri atau subsidiari-subsidiari koperasi ini, jika ada dan
dibuka untuk perbincangan.
8.2. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa cadangan
peruntukan bayaran honorarium kepada Anggota Lembaga
Laporan Tahunan 2021 18

