Page 40 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 40
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
9.1.1.8. Kunjungan Hormat Ke Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank
Muamalat (KOPUTRA)
Mengadakan Kunjungan Hormat ke Koperasi Pelaburan
Kakitangan Bank Muamalat Berhad (KOPUTRA) beralamat
di Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B, Jalan Sg. Besi Indah
1/19, Taman Sg. Besi Indah, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan pada 05 November 2021 bagi
mengadakan perbincangan berhubung perlaksanaan /
pengoperasian perisian sistem Ar-Rahnu berlandaskan
konsep Tawarruq untuk digunapakai di Ar Rahnu KOJUTA.
KOJUTA telah diwakili oleh;
i) Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad (Pengerusi);
ii) Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin (Setiausaha);
iii) Tuan Sr Mok Kam Loong (Bendahari);
iv) Tuan Sr Chan Peng Yue (Anggota Lembaga); dan
v) Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bn Sabran (Anggota
Lembaga).
9.1.2. Sumbangan (Tanggungjawab Sosial Korporat)
9.1.2.1. Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) telah
memberi sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada
PUSPANITA Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) pada 03
Mei 2021 sebagai sumbangan bagi menjayakan Majlis Ihya
Ramadhan bersama LJT-JUPEM.
9.1.3. Penerimaan Anugerah
9.1.3.1. Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) telah
tersenarai pada kedudukan tempat ke 57 daripada 100
koperasi terbaik Malaysia untuk tahun 2021 berbanding
pada kedudukan ke 65 pada tahun 2019.
10.0. AKTIVITI-AKTIVITI PERNIAGAAN
10.1. Aktiviti-aktiviti perniagaan yang telah dijalankan dalam Tahun kewangan 2021
adalah seperti berikut: -
10.1.1. Projek Penternakan Ayam Pedaging Secara Tertutup;
10.1.2. Perniagaan Ar-Rahnu;
10.1.3. Projek Usahasama Penternakan Lembu dan Program Ibadah Qurban;
7
Laporan Tahunan 2021 38

