Page 44 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 44
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Rujukan Kami : KJT/JAD/AGM21/05/22/(1)
Tarikh : 19 Mei 2022
Kepada;
Anggota Lembaga dan Semua Anggota
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA)
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN MENGENAI AKAUN-AKAUN TERAUDIT
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
1.0. TUJUAN
1.1. Laporan ini disediakan adalah bagi memenuhi kehendak dan peraturan Akta
Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang 21
2.0. KEANGGOTAAN
2.1. Keanggotaan Jawatankuasa Audit Dalaman adalah seperti berikut, iaitu;
2.1.1. Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakob;
2.1.2. Tuan Sr Zul Majid bn Mokhtar Bazin; dan
2.1.3. Tuan Sr Choy Kwok Ming.
3.0. SKOP PEMERIKSAAN
3.1. Laporan yang dibentangkan adalah berdasarkan hasil pemeriksaan dan
pengauditan terhadap hal ehwal pentadbiran, kewangan dan aktiviti-aktiviti
KOJUTA dari 01/01/2021 hingga 31/12/2021.
3.2. Skop kerja Jawatankuasa Audit Dalaman adalah terhad kepada kenyataan dan
maklumat daripada rekod-rekod dan data-data yang diserahkan untuk tujuan
pengauditan serta perbincangan dengan Setiausaha, Bendahari dan kakitangan.
2721, Jalan Permata 4, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur 1
No. Tel: 03-41079277 No. Fax: 03-41078277/03-41052850
Website: www.kojuta.com Email: admin@kojuta.com
(Sila sebutkan No. Rujukan fail kami apabila menjawab)
Laporan Tahunan 2021 42

