Page 42 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 42
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
(ii) Bahawa bayaran-bayaran tersebut hendaklah dibuat melalui
‘Post Dated Cheque’ setiap 7 haribulan setiap bulan sehingga
penyelesaian sepenuhnya kepada Plaintif.
11.2.4. Defendan dalam suratnya bertarikh 08/02/2021 kepada peguam
Plaintif memaklumkan tidak dapat memenuhi cadangan melunaskan
bayaran ansuran tuntutan hutang sebanyak RM50,000.00 berikutan
tidak mempunyai kewangan pendapatan tetap selain dari bantuan
pendahuluan Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasinya. Berikutan itu
hanya mampu menawarkan bayaran ansuran bulanan sebanyak
RM5,000.00 sebulan sehingga projek pembangunan tanah daripada
Universiti Teknologi Malaysia Skudai (UTM) dapat dimulai. Defenden
juga menyertakan bayaran sebanyak RM5,000.00 melalui cek CIMB
Islamic 001511 sebagai bayaran ansuran pertama.
11.2.5. Plaintif melalui peguam dan surat bertarikh 10/03/2021 bersetuju
untuk mempertimbangkan bayaran sebanyak RM5,000.00 sebulan
sepertimana yang dikemukakan oleh Defendan berkuatkuasa serta
merta dari bulan Februari 2021 yang mana bayaran tersebut
hendaklah dibuat pada atau sebelum lima (5) haribulan setiap bulan.
Defendan juga diingatkan bahawa bayaran tersebut tidak akan
memprejudiskan apa-apa hak dan kepentingan Plaintif di dalam
menjalankan haknya menurut undang-undang untuk
menguatkuasakan Penghakiman bertarikh 28 September 2017.
11.2.6. Dalam masa yang sama, Defendan juga diminta untuk memaklumkan
kepada pihak peguam mengenai tarikh / anggaran tarikh Projek
Pembangunan Tanah daripada UTM, Skudai akan dimulakan. Ini
adalah bertujuan bagi menjaga hak dan kepentingan Plaintif.
11.2.7. Sehingga 31/12/2021 pihak Defenden telah menjelaskan bayaran
sebanyak RM30,000.00 daripada RM492,300.00 tuntutan hutang
yang perlu dibayar.
12.0. PENGHARGAAN
12.1. Pengerusi dan Anggota Lembaga, Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad
(KOJUTA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada;
12.1.1. YBhg. Datuk Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM), pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan-
kakitangannya atas nasihat dan panduan yang telah diberikan;
9
Laporan Tahunan 2021 40

