Page 41 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 41
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
10.1.4. Sewaan Bangunan dan Hartanah;
10.1.5. Jualan Perisian dan Buku Kerja Luar; dan
10.1.6. Kemudahan Pinjaman kepada Anggota.
11.0. KES YANG MELIBATKAN UNDANG-UNDANG MAHKAMAH
11.1. Status Pinjaman Koperasi Alumni Universiti Teknologi Malaysia Berhad
(KAUTMB) Berjumlah RM492,300.00 Bagi Melaksanakan Projek Kilang
Makanan Haiwan
11.2.1. Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui Penghakiman
bertarikh 28/09/2017 telah memutuskan bahawa Defendan (Koperasi
Alumni Universiti Teknologi Malaysia Berhad) hendaklah membuat
bayaran Jumlah Penghakiman seperti berikut: -
(a) faedah sejumlah RM132,300.00 pada / atau sebelum atau 31
Mac 2018; dan
(b) sejumlah RM360,000.00 pada / atau sebelum 30 September
2018 kepada Plaintif (Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Bhd).
11.2.2. Defendan dalam suratnya bertarikh 14/12/2020 memaklumkan masih
belum dapat membuat bayaran berikutan menghadapi masalah
projek pembangunan yang tertangguh akibat masalah teknikal. Dalam
hal ini Defendan telah memohon penangguhan bayaran pinjaman
tersebut.
11.2.3. Surat Plaintif kepada Defenden melalui peguamnya Tetuan Law Office
of Farizah & Associate bertarikh 18/01/2021 menyatakan tidak
bersetuju dengan cadangan penangguhan bayaran pinjaman yang
dikemukakan oleh Defenden. Walau bagaimana pun, telah
mempertimbangkan untuk membenarkan Defenden membuat
bayaran Jumlah Penghakiman secara ansuran dengan tidak
memprejudiskan hak dan kepentingan Plaintif untuk meneruskan
tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap Defenden
berdasarkan Penghakiman tersebut sepertimana berikut iaitu;
(i) Pihak KAUTMB hendaklah membuat bayaran sebanyak
RM492,300.00 dengan ansuran sebanyak RM50,000.00 selama
Sembilan (9) bulan iaitu bermula bulan Februari 2021 sehingga
bulan Oktober 2021 dan bayaran terakhir berjumlah
RM42,300.00 pada November 2021; dan
8
Laporan Tahunan 2021 39

