Page 45 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 45

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)

                           3.3.  Semasa  perlaksanaan  kerja-kerja  pengauditan,  isu  yang  dikenalpasti  dan
                                dianggap penting untuk tindakan Lembaga dan Pengurusan dikupas mengikut
                                formula berikut, iaitu ;
                                3.3.1.  Penemuan;
                                3.3.2.  Cadangan; dan
                                3.3.3.  Tindakan Yang Telah Diambil / Keputusan.

                     4.0.  TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL HASIL TEGURAN / PANDANGAN JAWATANKUASA
                           AUDIT DALAMAN MENGENAI AKAUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

                           4.1.  Lembaga  Pengarah  telah  meminta  pihak  pengurusan  untuk  mengambil
                                tindakan  ke  atas  semua  teguran  Jawatankuasa  Audit  Dalaman  bagi  Penyata
                                Kewangan  Berakhir  31  Disember  2020.  Pengurusan  telah  dan  sedang
                                mengambil  tindakan  ke  atas  teguran  yang  diterima  daripada  Jawatankuasa
                                Audit Dalaman.

                           4.2.  Sistem Perisian (Software) Operasi Di Pejabat Ar-Rahnu

                                4.2.1.  Penemuan

                                       4.2.1.1.   Didapati sistem perisian (software) sedia ada di Ar-Rahnu
                                                 sudah terlalu lama dan perlu ditukar kepada sistem perisian
                                                 (software) terkini yang lebih efisien.

                                4.2.2.  Cadangan

                                       4.2.2.1.   Jawatankuasa  Audit  Dalaman  mencadangkan  agar
                                                 membuat  tender  secara  terbuka  bagi  mendapatkan
                                                 sebutharga  sistem  perisian  (software)  yang  baru  untuk
                                                 dipertimbang dan kelulusan Lembaga Pengarah.

                                4.2.3.  Tindakan

                                        4.2.3.1.   Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan
                                                 satu  Pekeliling  berkenaan  penyelarasan  polisi  Ar-Rahnu
                                                 kepada  semua  koperasi  yang  menjalankan  aktiviti  pajak
                                                 gadai  Islam  (Ar-Rahnu)  berkenaan  pertukaran  kepada
                                                 konsep/sistem  yang  baharu  bagi  menggantikan  konsep  /
                                                 sistem urusniaga sedia ada. Perisian sistem Ar-Rahnu yang
                                                 baharu  ini  adalah  berlandaskan  web  based,  oleh  yang
                                                 demikian  setiap  komputer  di  premis  Ar-Rahnu  yang
                                                 digunakan untuk operasi harian perlu disambungkan pada
                                                 rangkaian internet bagi tujuan pengoperasian sistem.

                                        4.2.3.2.   Ahli Lembaga Pengarah KOJUTA telah mengadakan lawatan
                                                 dan kunjungan rasmi di Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank
                                                 Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) pada 05/11/2021


                                                                                                      2
                  Laporan Tahunan 2021                                                              43
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50