Page 23 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 23
Manual Pengurusan SKDWA 2020
3. BUKU KEHADIRAN MENGIKUT JADUAL WAKTU MATA PELAJARAN
3.1 Guru - guru dikehendaki menandatangani Buku Kehadiran Kelas (Buku
Ponteng) mengikut mata pelajaran setiap kali masuk ke dalam sesebuah
kelas walaupun sebagai guru ganti.
3.2 Buku Kehadiran Kelas mengikut mata pelajaran ini dikendalikan oleh Ketua
Kelas / Penolong Ketua Kelas.
3.3 Ketua / Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab mengambil buku tersebut
di Pejabat Sekolah setiap hari sebelum sekolah bermula dan menghantar
kembali pada waktu akhir persekolahan pada hari tersebut.
4. MENEPATI MASA
4.1 Guru – guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa jadual waktu
mengajarnya sedang dijalankan kecuali hal – hal yang tidak dapat dielakkan
atau diarahkan oleh guru besar. Apa jua yang berlaku dalam kelas semasa
jadual waktu pengajaran guru berkenaan adalah menjadi tanggungjawab
guru tersebut.
4.2 Sekiranya terpaksa juga meninggalkan kelas kerana hal yang tidak dapat
dielakkan berilah kerja - kerja yang sesuai kepada murid – murid dengan
arahan supaya keadaan kawalan diawasi oleh Ketua Kelas dan
Penolongnya. Sila maklumkan kepada guru di bilik sebelah.
5. KELUAR SEKOLAH SEMASA BERTUGAS
5.1 Guru - guru tidak dibenarkan keluar sekolah semasa bertugas kecuali
dengan kebenaran guru besar atau penolong kanan.
5.2 Kebenaran keluar hanya akan diberi dalam keadaan yang amat mendesak
sahaja. Kenyataan keluar sekolah hendaklah dicatatkan dalam Buku Keluar
Guru di pejabat sekolah. Waktu keluar dan waktu pulang ke sekolah
hendaklah dicatatkan.
6. MEMOHON CUTI / TIDAK HADIR BERTUGAS
6.1 Sekiranya guru – guru tidak dapat hadir bertugas oleh kerana sebab–sebab
yang tidak dapat dielakkan, maklumkan kepada guru besar atau penolong
kanan secepat mungkin sebelum 7.15 pagi sama ada melalui telefon
ataupun pesanan dengan menyatakan sebab – sebab tidak dapat hadir.
Guru – guru juga perlu memaklumkan tugasan tertangguh beliau ( seperti
kegiatan kokurikulum ) bagi hari tersebut untuk tindakan.
6.2 Sekiranya ketidakhadiran itu kerana sakit, surat akuan doktor hendaklah
diperolehi daripada hospital / klinik kerajaan atau swasta dan hendaklah
disampaikan kepada guru besar terlebih dahulu bagi tujuan pengesahan.
22

