Page 34 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 34
Manual Pengurusan SKDWA 2020
14. Menyedari, mendapatkan dan menggunakan buku-buku panduan (modul)
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan atau
badan-badan profesional perguruan.
15. Menasihati dan bekerjasama dengan guru-guru lain dalam menggubal
program-program pengajaran dan kaedah-kaedah yang berkaitan.
16. Memastikan keselamatan murid melalui perkongsian tugas penyeliaan
sepanjang mereka berada dalam kawasan sekolah.
17. Memastikan keselamatan muridr di Makmal/Bengkel atau kelas PJ serta
mengawasi penggunaan alatan yang berkaitan.
18. Menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus mengenai mata pelajaran sama ada
yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/ JPN/ Sekolah/ Badan-Badan
Profesional. Menyampaikan maklumat kepada guru-guru lain yang mengajar
mata pelajaran yang sama. Menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus ialah atas
budi bicara guru besar. Mencatatkan perolehan dalam Borang Minit Curai
sekembali daripada menghadiri sebarang mesyuarat/taklimat/kursus.
19. Mengambil bahagian dalam aktiviti dan mesyuarat staf.
20. Berkongsi tanggungjawab untuk menanggung tugas guru lain jika diarahkan.
21. Berkongsi mengelola dan mentadbir tugasan yang diwujudkan akibat tugas-
tugas pengajaran yang baru.
22. Membantu Setiausaha Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Ahli
Jawatankuasanya menjaga keselamatan dan kebersihan BBM dan digunakan
secara meluas.
23. Mengambil bahagian dalam penyediaan murid untuk peperiksaan.
24. Menyumbang tenaga dan kepakaran dalam urusan pelantikan dan kemajuan
profesionalisme dan penilaian guru-guru baru atau pelatih.
25. Menyelaras kerja guru-guru lain.
26. Menyelia staf sokongan.
27. Memesan dan mengagihkan peralatan/bahan-bahan yang diperlukan.
28. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh guru
besar/Penolong Kanan dari semasa ke semasa.
33

