Page 30 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 30
Manual Pengurusan SKDWA 2020
26.2 Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua
Panitia.
27. PENDAHULUAN GAJI
27.1 Kepada guru yang baru dilantik atau ditukarkan bertugas ke sekolah ini,
memohon kemudahan pendahuluan gaji tidak dibenarkan. Pihak sekolah
tidak ada peruntukan menyediakan kemudahan ini.
28. PENGELUARAN BAHAN / RISALAH SEKOLAH
28.1 Sebarang bahan bercetak yang dikeluarkan adalah untuk edaran
dalaman sahaja. Risalah yang dikeluarkan mestilah tidak berbau politik,
sensitif dan subversif. Kebenaran dari guru besar hendaklah didapati terlebih
dahulu sebelum sesuatu risalah atau edaran dicetak dan dikeluarkan. Satu
salinan hendaklah diserahkan kepada guru besar sebelum diedarkan.
29. RAHSIA SEKOLAH DAN KENYATAAN AKHBAR
29.1 Adalah dilarang sama sekali kakitangan sekolah membocorkan rahsia
sekolah.
29.2 Guru-guru adalah dilarang dari membuat sebarang kenyataan akhbar.
29.3 Tidak menghormati arahan di atas dianggap melanggar Tata Profesion
Pelajaran dan boleh diambil tindakan tatatertib.(Perintah Am Bab D adalah
berkaitan dan dirujuk).
30. LAPORAN
30.1 Ketua bagi sesuatu program, jawatankuasa / unit , rombongan, projek
hendaklah dari semasa ke semasa melaporkan tentang perlaksanaan,
perkembangan dan lain-lain yang berkaitan kepada guru besar.
31. KELUAR NEGARA / STESEN BERTUGAS
31.1 Guru-guru yang berhasrat membuat lawatan atau melancong keluar negara
hendaklah terlebih dahulu mengisi borang permohonan melalui guru besar
dan dipanjangkan ke JPN Perlis untuk kelulusan. Permohonan hendaklah
dibuat 6 minggu sebelum tarikh permergian.
31.2 Guru-guru dinasihatkan memaklumkan kepada guru besar dan mencatatkan
maklumat ke dalam buku pergerakan kakitangan apabila meninggalkan
stesen tempat bertugas sama ada dalam masa cuti persekolahan mahupun
semasa penggal masa cuti persekolahan tidak lebih 1/3 jumlah cuti sebenar.
Guru-guru boleh dipanggil bertugas dalam tempoh tersebut jika
perkhidmatan diperlukan oleh sekolah. Perintah Am Bab C adalah dirujuk
dan berkaitan.
29

