Page 31 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 31

Manual Pengurusan SKDWA  2020




               32. MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS
                   32.1       Seseorang/sekumpulan guru apabila diarahkan melaksanakan sesuatu
                       tugas/arahan  maka  adalah  menjadi  tanggungjawab  guru/sekumpulan  guru
                       berkenaan  menyempurnakan  tugas  tersebut.  Mewakil  atau  mengarahkan
                       pihak lain menyempurnakan tugas bagi pihak beliau/mereka adalah dilarang
                       dan  dianggap  melanggar  tata  profesion  keguruan.    Jika  dalam  keadaan-
                       keadaan  tertentu  tugas  itu  terpaksa  dilaksanakan  oleh  pihak  lain  atas
                       persetujuan  bersama  maka  ianya  hendaklah  dimaklumkan  kepada  guru
                       besar terlebih dahulu.



               33. KELAB KEBAJIKAN STAF
                   33.1       Semua guru dan staf yang berkhidmat di sekolah ini dengan sendirinya
                       menjadi  ahli  kelab  kebajikan  dan  wajib  menyumbang  tenaga  dan  fikiran
                       secara aktif, progresif dan produktif selain dari membayar yuran bulanan atas
                       kadar  yang  dipersetujui  dalam  mesyuarat  demi  kepentingan  dan  kebaikan
                       semua.


               34.  KUNCI
                   34.1       Semua kunci hendaklah disimpan di Pejabat Sekolah.

                   34.2       Jika  guru  hendak  menyimpan  kunci  bilik-bilik  tertentu  ,  mestilah
                       mendapatkan  kebenaran  daripada  Guru  Besar.  Guru  tersebut  perlu
                       bertanggungjawab terhadap bilik itu sepenuhnya.



               35.    ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
               35.1  Semua guru DIWAJIBKAN hadir dalam semua majlis acara rasmi sekolah.
















                   30
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36