Page 33 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 33

Manual Pengurusan SKDWA  2020




                                             SENARAI TUGAS DAN
                                          TANGGUNGJAWAB GURU



               1.     Merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang
                      diajar  dengan  lengkap  untuk  tempoh  setahun/harian  dalam  Buku  Rekod
                      Mengajar.

               2.     Melaksanakan pengajaran mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.


               3.     Mempunyai naskah Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran serta
                      buku teks yang terkini dan dapat mentafsir kandungannya.

               4.     Menyerahkan  Buku  Rekod  Mengajar  kepada  Guru  Besar  /  Penolong  Kanan
                      pada masa yang ditetapkan.


               5.     Merancang,  menyedia  dan  menyemak  kaedah-kaedah  pengajaran  dan
                      program-program tugasan.

               6.     Mengajar dan memastikan disiplin dan keselamatan murid semasa bertugas.


               7.     Menyedia dan memberi kerja-kerja latihan secukupnya, memeriksa buku-buku
                      latihan dan memulangkannya dengan segera. Menyerahkan buku-buku latihan
                      murid kepada guru besar/Penolong Kanan mengikut jadual  yang ditetapkan.

               8.     Memberi ujian dan penilaian kepada murid-murid, merekodkan soalan-soalan
                      dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.


               9.     Menilai dan merekodkan keperluan-keperluan persendirian dan sosial murid,
                      kemajuan dan pencapaian dan memberi penilaian lisan dan bertulis.

               10.    Memberi perhatian kemajuan dan kebajikan murid dalam kelas dan memberi
                      bimbingan dalam pelajaran, sosial dan kerjaya.


               11.    Mengesan  kelemahan  murid  dan  menjalankan  usaha-usaha  pemulihan
                      segera.

               12.    Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran, menghadiri mesyuarat panitia serta
                      mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

               13.    Memberi  sumbangan,  mengambil  bahagian  dalam  perbincangan  formal
                      tentang  kaedah  penilaian  prestasi  dan  penyemakan  dan  latihan  dalam
                      perkhidmatan (Pembangunan Staf).





                   32
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38