Page 29 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 29

Manual Pengurusan SKDWA  2020


               23.       ROMBONGAN LAWATAN DAN CERAMAH
                   23.1 Guru-guru adalah digalakkan merancang lawatan yang boleh menambahkan
                        pengetahuan    murid  berhubung  dengan  pelajaran.  Walau  bagaimanapun
                        lawatan keluar negeri hendaklah dirancang lebih awal sekurang- kurangnya
                        3 bulan dan lawatan dalam negeri sekurang-kurangnya 4 minggu.
                   23.2  Segala  surat-menyurat  mengenai  lawatan  tersebut  mestilah  melalui  guru
                        besar.
                   23.3  Kebenaran  bertulis  dari  ibu  bapa/penjaga  murid  mestilah  diperolehi  oleh
                        guru berkenaan. Sekiranya guru-guru membawa murid-murid sendiri tanpa
                        kebenaran,  guru  berkenaan  adalah  bertanggungjawab  penuh  kepada  ibu
                        bapa mereka. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab.
                   23.4 Guru  berkenaan  mesti  memberitahu  guru  kelas  dan  Penolong  Kanan  Hal
                        Ehwal  Murid satu (1) hari sebelum lawatan agar borang-borang berkenaan
                        keluar sekolah boleh dilengkapkan.

               24. PAKAIAN
                   24.1 Guru-guru dinasihatkan memakai pakaian kemas ketika menjalankan tugas
                        pengajaran  atau tugas-tugas rasmi lain. Pakaian berseluar pendek, Baju T,
                        jenis  Hawai  atau  Filipina  yang  terkeluar  tidak  digalakkan.  Guru  lelaki
                        dimestikan memakai pakaian yang mencerminkan etika profesion keguruan.
                        Pemakaian baju korporat tidak dibenarkan semasa bertugas / Guru wanita
                        hendaklah  memakai  pakaian  yang  sesuai  dan  tidak  menjolok  mata
                        [Pekeliling Ikhtisas Bil 6/35.9 Mei 1985 dirujuk].
                   24.2 Guru-guru  mengajar  Pelajaran  Jasmani  hendaklah  memakai  pakaian
                        pelajaran  jasmani yang sesuai, sebaik-baiknya berwarna putih.
                   24.4 Semua guru diwajibkan memakai tanda nama warna hitam di dada sebelah
                        kiri ketika menjalankan tugas-tugas rasmi sekolah.
                   24.5 Selipar dan capal tidak dibenarkan dipakai ketika bertugas.


               25. PERHIMPUNAN SEKOLAH
                   25.1  Semua  guru  dikehendaki  menghadiri  perhimpunan  sekolah  pada  masa-
                        masa dan hari-hari yang ditetapkan.
                   25.2  Semua guru mesti duduk dikerusi yang disediakan
                   25.3  Guru yang bertugas perlu berada 5 minit lebih awal dan telah bersedia.
                   25.4  Semua  guru  lelaki  diwajibkan  memakai  tali  leher  semasa  perhimpunan
                        mingguan.


               26. MESYUARAT GURU
                   26.1  Dari semasa ke semasa, guru besar atau penolong kanan akan memanggil
                       mesyuarat  guru.  Kedatangan  semua  guru  ke  mesyuarat  ini  adalah
                       diwajibkan.


                   28
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34