Page 68 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 68

Manual Pengurusan SKDWA  2020




               Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid Prasekolah

                      1.  Melayani  karenah  murid-murid  prasekolah  dan  menolong  memastikan
                          murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
                      2.  Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari
                          segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
                      3.  Menyambut  kedatangan  murid-murid  semasa  menghadiri  kelas  dan  juga
                          memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
                      4.  Membantu  murid-murid  ke  tandas  sekiranya  perlu  dan  membantu
                          memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
                      5.  Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan
                          prasekolah di dalam dan di luar kelas.
                      6.  Membantu  mengawasi  murid-murid  prasekolah  semasa  ketiadaan  guru
                          prasekolah


                                       BIDANG TUGAS JAGA SEKOLAH



                 1.  Menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan dan membuat catatan dalam
                    buku laporan apa yang berlaku semasa dalam tugasnya.
                 2.  Memastikan semua harta benda dalam keadaan selamat.
                 3.  Melarang  sesiapa  sahaja  daripada  berada  dalam  kawasan  sekolah  selepas
                    waktu  persekolahan kecuali dengan kebenaran Guru Besar.
                 4.  Membuat rondaan dan kawalan dari masa ke semasa.
                 5.  Memastikan  lampu-lampu  dipasang  di  tempat-tempat  yang  tertentu  dan
                    dipasangkan pada masa yang ditetapkan.
                 6.  Memastikan  semua  pintu  pagar  dan  pintu  bilik  sekolah  berkunci  semasa
                    menjalankan tugas.
                 7.  Membuka  semua  bilik  sekolah  yang  dikunci  dan  pintu-pintu  pagar  sebelum
                    pulang pada waktu pagi hari persekolahan.
                 8.  Melaporkan  kepada  Guru  Besar  /  polis  serta-merta  apabila  berlaku  sebarang
                    kejadian kecemasan / kemalangan / kecurian di sekolah.
                 9.  Sentiasa berada di dalam kawasan sekolah sepanjang masa bertugas.
                 10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.










                   67
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73