Page 64 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 64

Manual Pengurusan SKDWA  2020


                   sekolah  berdasarkan  keperluan  bagi  tujuan  pengintegrasian  dalam  pengajaran
                   dan pembelajaran.

               2.4  Mengurus dan menyelaras dan menyediakan akaun pengguna emel bagi warga
                   sekolah  untuk  tujuan  pengajaran  dan  pembelajaran  serta  pengurusan
                   pentadbiran sekolah.

               2.5  Merancang,  menyelaras  dan  mengurus  dan  menjadualkan  penyelenggaraan
                   (corrective  dan  preventive)  kemudahan  ICT  dan  perisian-perisian  aplikasi
                   pendidikan oleh Juruteknik Komputer serta menyelesaikan masalah teknikal yang
                   mungkin timbul dari semasa ke semasa.

               2.6  Mengurus,  memantau  dan  melaksana  program  bagi  mempromosi  penyaluran
                   maklumat  berkaitan  integriti,  etika  penggunaan,  isu-isu  sosial  dan  keselamatan
                   data yang berkaitan dengan teknologi di sekolah.


               3. Khidmat Bantu Kepakaran ICT Sekolah

               3.1 Pentadbir, Guru dan Staf

               3.1.1  Merancang  dan  menyediakan  program  bimbingan  dan  galak  guna  bagi  guru
               menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam mengintegrasi ICT dalam P&P.

               3.1.2  Merancang  dan  menyediakan  program  bimbingan  dan  galak  guna  bagi  staf
               menggunakan  kemudahan  ICT  secara  efektif  dalam  aktiviti  pengurusan  dan
               pentadbiran.

               3.1.3  Merancang  dan  menyediakan  khidmat  bantu  di  sekolah  sebagai  pakar  rujuk
               berkaitan teknologi pendidikan.untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran.

               3.1.4  Merancang,  menyelaras  dan  melaksanakan  program  latihan  dan  bimbingan
               untuk guru meningkatkan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran murid dengan
               mengintegrasikan ICT melalui pengajaran dan pembelajaran.

               3.1.5  Membantu  guru  dalam  pembangunan  objek  pembelajaran  serta  bahan
               pengajaran  dan  pembelajaran  yang  boleh  digunakan  dalam  pelbagai  platform,
               seperti laman web, pangkalan data, aplikasi interaktif, blog, wiki, laman perkongsian
               video dan lain-lain untuk membantu guru mengintegrasi ICT dalam P&P.

               3.1.6  Menjadi  pakar  rujuk  dalam  pembangunan  bahan  P&P  berasaskan  ICT  dan
               memberi  khidmat  kepakaran  dalam  mengaplikasi  penggunaan  teknologi  yang
               bersesuaian untuk proses P&P bagi mata pelajaran tertentu.

               3.1.7  Mengurus  dan  melestarikan  kolaborasi  di  antara  murid  dan  guru  di  dalam
               program pengantarabangsaan sekolah melibatkan P&P.





                   63
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69