Page 66 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 66
Manual Pengurusan SKDWA 2020
5. Am
5.1 Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti Pembestarian
Sekolah kepada pihak yang berkenaan.
5.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan pentadbiran
sekolah dari semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS PEMBANTU AM PEJABAT
1. Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan
oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.
2. Mengurus buku kehadiran Guru / Staf Sokongan.
3. Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat.
4. Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-
lain.
5. Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akan dihantar ke
pejabat pos dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
6. Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf
sokongan yang berkenaan.
7. Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat.
8. Mengemaskini sistem fail, menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail
sekolah.
9. Mengemas bilik Pengetua/Guru Besar dan bilik cetak seperti berikut:
9.1 Menentu dan memastikan susunatur, kekemasan dan kebersihan pejabat
sentiasa diberikan perhatian serta mengawal kerahsiaan pejabat.
9.2 Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar.
9.3 Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat
9.4 Merekod menguruskan pengambilan dokumen-dokumen seperti :
9.4.1 Sijil-sijil peperiksaan UPSR Surat Akuan / Sijil Berhenti Sekolah.
9.4.2 Menyedia dan memastikan segala borang yang diperlukan untuk
kegunaan guru / kakitangan / murid sentiasa mencukupi.
10. Menyediakan diri dan berperanan sebagai penyambut tetamu, memberi layanan
yang sewajarnya kepada orang-orang awam yang ada urusan dengan pejabat
serta membantu urusan guru-guru dan murid-murid yang berkaitan dengan
pejabat.
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dan
Penolong Kanan dari semasa ke semasa.
65

