Page 63 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 63
Manual Pengurusan SKDWA 2020
10. Perkhidmatan Penilaian
10.1 Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk
membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem
Jaya Diri,Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi murid.
10.2 Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat
sekolah.
11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi
11.1 Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan
kaunseling,
11.2 Seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-
kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling,
11.3 Mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat
menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak,
11.4 Penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa
Penyelaras Aktiviti, Guru Besar, Pegawai Pendidikan Negeri dan Kementerian.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS BESTARI
(GPB)
1. Pengajaran dan Pembelajaran
1.1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
1.2 Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan ICT di sekolah.
2. Pengurusan ICT Sekolah
2.1 Merancang dan menyelaras program bimbingan pengintegrasian teknologi dalam
pengajaran dengan kerjasama Guru Cemerlang di sekolah.
2.2 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata
pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan
pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata
pelajaran untuk menyelaras pembekalan perisian-perisian aplikasi pendidikan di
62

