Page 74 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 74

Manual Pengurusan SKDWA  2020



                               DASAR PENGURUSAN KURIKULUM


               1.0    PENDAHULUAN

               Kurikulum  merupakan  nadi  penentu  ke  arah  kewujudan  sesebuah  institusi
               pendidikan. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat
               Kementerian  Pelajaran  Malaysia,  aspirasi  Jabatan  Pelajaran  Negeri  Perlis  serta
               matlamat,  hala  tuju  dan  piagam  pelanggan  sekolah  ini  sebagai  garis  panduan
               kepada warga sekolah Kebangsaan Dato‟ Wan Ahmad dalam memberi khidmat yang
               berkualiti  kepada  semua  murid.  Pengurusan  Kurikulum  yang  mantap  dan
               bersistematik  menjamin  peningkatan  prestasi  akademik  sesebuah  sekolah.  Dasar
               Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai objektif dan matlamatnya.

               2.0    OBJEKTIF

               Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan:

               2.1    Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
               2.2    Memantapkan pengurusan Kurikulum peringkat sekolah.
               2.3    Memenuhi  standard  kualiti  pengurusan  akademik  Kementerian  Pelajaran
                      Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.

               3.0    DASAR

               3.1    TENAGA PENGAJAR
               3.1.1   Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut :-
                     Opsyen pengkhususan mereka.
                     Pengetahuan dan kepakaran.
                     Pengalaman bertugas.

               3.1.2   Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 4 mata mata pelajaran
                      berikut :-
                     Mata pelajaran opsyen.
                     Mata pelajaran elektif.

               3.1.3   Semua  guru  mesti  bertanggungjawab  mendapat  maklumat  terkini  dalam
                      pelbagai  cara  yang  sah  dan  beretika  mengenai  pendidikan  dan  kurikulum
                      untuk  memastikan  guru  berada  di  dalam  arus  dan  kehendak  Sistem
                      Pendidikan Malaysia.




                   73
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79