Page 76 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 76
Manual Pengurusan SKDWA 2020
3.3 PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR
3.3.1 Buku Rekod Mengajar boleh disediakan dalam bentuk fail yang bertaip, atau
ditulis tangan dengan kemas dan bersih, serta boleh difahami. Semua guru
diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara teliti dan terkini, meliputi
perkara berikut :-
Butiran Peribadi
Rancangan Pengajaran Tahunan
Rancangan Pengajaran Harian
Senarai Buku Rujukan
Senarai Nama Murid
Maklumat Aktiviti Penilaian
Disarahkah kepada Guru Besar dan GPK untuk semakan pada setiap
hujung minggu.
Diserahkan kepada Guru Besar dan GPK dengan lengkap sepenuhnya
untuk pengesahan tidak lewat 31 Januari 2020.
3.3.2 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Dokumen Standard Kurikulum
(DSK) perlu disediakan mengikut kriteria berikut :-
Hendaklah bertaip dengan lengkap.
Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal Persekolahan.
Diserahkan kepada Guru Besar dan GPK untuk pengesahan tidak lewat 31
Januari 2020.
.
3.3.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut
kriteria :-
Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran.
Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan, kemahiran dan
aktiviti.
Tuliskan Refleksi pada setiap selepas sessi pengajaran dan pembelajaran.
Rancangran Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru
menghadiri kursus kerana pembelajaran akan dilaksanakan oleh guru yang
mengganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut.
3.3.4 Penyerahan Buku Rekod Mengajar/Fail Rekod Mengajar adalah seperti
berikut :-
Pada setiap hari Jumaat.
Penghantaran Buku Rekod Mengajar adalah mengikut jadual yang disediakan.
3.3.5 Semua guru mesti membawa Buku Rekod Mengajar/ Fail Rekod Mengajar
pada setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
75

