Page 79 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 79

Manual Pengurusan SKDWA  2020



               7.0    PENGURUSAN PANITIA

               7.1    Pengurusan  Panitia  diletakkan  sepenuhnya  di  bawah  pengawasan  Ketua
                      Panitia mata pelajaran berkenaan.
               7.2    Penolong Kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
               7.3    Semua  fail  Pengurusan  Panitia  akan  disemak  dari  semasa  ke  semasa  dan
                      diletakkan di pejabat sekolah.
               7.4    Semua  Panitia  perlu  membuat  Pelan  Perancangan  Strategik,  Pelan  Taktikal
                      dan Pelan Operasi.
               7.5    Semua  Panitia  mesti  menentukan  sasaran  tahunan  berdasarkan  TOV,  ETR
                      termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
               7.6   Ketua  Panitia  bertanggungjawab  menyediakan  Anggaran  Belanjawan
                      Tahunan.
               7.7    Ketua  Panitia  perlu  memastikan  perbelanjaan  peruntukan  PCG  secara
                      berkesan.


               8.0       MESYUARAT

               8.1       Mengadakan mesyuarat JK Kurikulum Sekolah 4 kali setahun.

               8.2    Menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum tiga (3) kali setahun dan minit
                      mesyuarat  hendaklah siap  dan diedarkan  kepada  semua  ahli  dalam  tempoh
                      14 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia masing-masing.

               8.3    Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima dua (2) hari
                      sebelum tarikh mesyuarat dijalankan.

               8.4     Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan.

               8.5    Menetapkan  sistem  fail  /format  dokumen  JK  Kurikulum  Sekolah  dan  Panitia
                      menggunakan kaedah terkini.


               9.0    JADUAL WAKTU

               9.1    Jumlah  waktu  setiap  mata  pelajaran  mengikut  ketetapan  Akta  Pendidikan
                      yang berkuatkuasa semasa.






                   78
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84