Page 77 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 77

Manual Pengurusan SKDWA  2020



               4.0    LATIHAN MURID

               4.1    Setiap  murid  perlu  mempunyai  2-3  buah  buku  latihan  pada  sesuatu  masa,
                      bagi setiap mata pelajaran utama seperti berikut :-

                     Bahasa Melayu
                     Bahasa Inggeris
                     Matematik
                     Sains
                     Pendidikan Islam

               4.2    Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat latihan bertulis:-

                     Hari ( Dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Bahasa Arab )
                     Tarikh ( Dengan lengkap )
                     Arahan Latihan

               4.3    Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria berikut:-

                     Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku.
                     Bilangan yang munasabah dengan kemampuan murid.
                     Kepelbagaian bentuk dan format latihan.
                     Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan.
                     Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi setiap mata
                      pelajaran utama.
                     Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku latihan murid.


               4.4    Pemeriksaan buku latihan murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut
                      garis panduan berikut:-
                     Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera.
                     Diperiksa dengan teliti.
                     Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah.
                     Diberikan komen yang membina.
                     Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan.
                     Dicatatkan tarikh pemeriksaan.


               4.5    Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut:-
                     Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dari Guru Besar.
                     Kepada murid-murid tahap pencapaian Cemerlang sahaja.



                   76
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82