Page 78 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 78
Manual Pengurusan SKDWA 2020
5.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
5.1 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan sistem seperti
berikut :-
Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac ( Meletakkan Target ).
Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei / Jun ( Pertengahan Tahun ).
Ujian 3 dilaksanakan pada bulan November.
Setiap murid akan diberikan peluang menetapan sasaran pencapaian mereka
bagi setiap mata pelajaran utama.
Pencapaian dalam Ujian 1 dan Ujian 3 akan diambil kira bagi tujuan pelaporan
prestasi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.
5.2 Bagi Pentaksiran PBD dijalankan sepenuhnya degan menggunakan instrumen
dan borang-borang yang dikhususkan bagi setiap mata pelajaran dan tahap
murid. Instrumen, band dan showcase eviden hendaklah difailkan ke dalam
fail yang dikhususkan.
5.3 Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan melalui
kaedah berikut :-
Pemerhatian
Penghasilan Kerja Buku Latihan
6.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
6.1 Program Enam Tahun Kecemerlangan Akademik perlu dirangka bagi setiap
kategori berikut :
Bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6
Bagi setiap mata pelajaran utama
Meliputi aspek TOV, Sasaran dan Pencapaian Sebenar
6.2 Program Jangka Panjang dan Jangka Pendek perlu disediakan oleh setiap
Panitia Mata Pelajaran, yang merangkumi perkara berikut :
Matlamat dan Objektif
Sasaran Pencapaian dari aspek Kuantiti dan Kualiti
Huraian Projek / Aktiviti Utama dan Sokongan
Analisis Pencapaian
Post Mortem dan Penambahbaikan
77

