Page 35 - 3D STUDIO MAX 6
P. 35
15. Klik pada objek yang hendak dikesan pergerakannya. Kemudian klik pada
butang Trajectories.
16. Dalam viewport, kita akan lihat laluan pergerakan objek dalam animasi kita. Anda
boleh menyunting pergerakan dan kedudukan objek dalam animasi dengan
menggerakkan keyframe-keyframe pada laluan (path). Lihat rajah di bawah.
17. Dalam contoh animasi di atas, ia digolongkan kepada jenis Tweening. Dalam
membuat animasi jenis Tweening (dari perkataan In-Between) anda hanya perlu
membina keyframe antara awal pergerakan dengan yang akhir pergerakan.
Pergerakan Objek antara dua keyframe ini akan dibina secara automatik oleh 3D
Max. Oleh yang demikian, sekiranya dalam animasi anda terdapat beberapa
pergerakan yang berbeza bentuknya, anda perlu meletakkan beberapa keyframe
dalam laluan (path) animasi anda.
18. Simpan fail meja.max anda.
Animasi Kamera
Aktiviti 2: Membuat Animasi Berdasarkan Pergerakan Kamera
Objektif:
Di akhir akitiviti, pelajar dapat membuat animasi ringkas berdasarkan pergerakan
kamera dan mengubah setting-settingnya.
1. Aktifkan Top Viewport. Buatkan pandangannya seperti rajah di bawah. Anda
boleh membuat ‘adjustment’ bentuk pandangan viewport anda dengan
menggunakan butang dan
2. Aktifkan kamera yang telah kita buat dalam modul 5.

