Page 40 - 3D STUDIO MAX 6
P. 40
UNIT 6 : KONSEP 3D
1.1 3D DALAM KOMPUTER GRAFIK
Objektif:
Selepas mengikuti unit ini murid dapat:
· Memahami konsep 3 dimensi
· Memahami konsep ruang dalam alam 3 dimensi
· Memahami konsep model 3D dalam bidang grafik berkomputer
Bila kita mengatakan bahawa bila seseorang itu sedang membuat sesuatu model, yang
kita fahamkan suatu masa dahulu ialah ia melibatkan satu proses membentuk sesuatu
benda dengan menggunakan sesuatu bahan di dalam alam nyata seperti kayu, batu, lilin
(wax), dawai, tanah liat atau plaster. Biasanya model yang dibentuk adalah serupa
dengan objek yang sebenar dari segala aspek kecuali mungkin saiznya. Seperti objek
asal, model ini boleh dipandang dari arah pandangan berbeza, misalnya dari sisi, atas,
bawah, depan atau juga perspektif.
Dalam komputer grafik, membuat model tidak lagi menggunakan bahan-bahan di dalam
alam nyata seperti di atas, sebaliknya model-model itu dibentuk dengan menggunakan
alat-alat melukis yang terdapat di dalam sesuatu aplikasi yang boleh mencipta model
yang boleh dilihat dalam bentuk 3 dimensi atau singkatannya 3D.
Tiga dimensi di sini bermaksud sesuatu objek itu boleh dilihat seperti keadaannya yang
sebenar iaitu mempunyai keluasan (width), ketebalan (height) dan kedalaman (depth).
Semua fitur ini digambarkan dalam komputer melalui koordinat satah X, Y dan Z.
Misalnya keluasan (width) objek dirujuk kepada satah X, ketebalan (height) dirujuk
kepada satah Y dan Z mewakili kedalaman objek (depth). Sila lihat rajah di bawah.

