Page 37 - 3D STUDIO MAX 6
P. 37

6.     Setelah selesai tekan sekali lagi butang Animate untuk menghentikan proses.
                       Cuba mainkan animasi anda. Sekiranya animasi itu kurang memuaskan cuba buat
                       penyuntingan seperti yang telah diterangkan dalam tajuk Animasi Objek di atas.

                   7.     Simpan fail meja.max anda.



                   Proses Rendering

                   Setelah berpuashati dengan hasil animasi anda, perlu melakukan proses ‘Rendering’.
                   Setelah proses rendering ini dilakukan, baharulah rentetan animasi ini dapat
                   dipindahkan ke filem, pita video atau ke dalam pelbagai format untuk digunakan di
                   dalam komputer.

                   Proses ‘Rendering’ merujuk kepada proses mengumpul maklumat animasi yang telah
                   diskripkan melalui perbezaan nilai-nilai kedudukan X, Y dan Z sesebuah objek 3D
                   kepada rentetan gambar yang berbentuk 2D.



                   Aktiviti 3: Membuat Rendering Dan Menyimpan Fail Dalam Format Animasi.

                   Objektif:

                   Di akhir aktiviti, pelajar dapat membuat satu fail animasi.



                   1.     Buka fail meja.max anda sekiranya masih belum berbuat demikian. Aktifkan
                       Viewport Kamera kemudian klik pada menu ‘Rendering’ di atas Menu Bar dan klik
                       ‘Render’. Lihat rajah di sebelah.
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42