Page 31 - 3D STUDIO MAX 6
P. 31
Animasi di dalam 3D adalah satu proses melakukan pergerakan-pergerakan sesuatu
objek atau sudut pandangan dalam sesuatu jarak ruang mengikut arah 3 dimensi.
Animasi di dalam aplikasi 3D lebih menarik jika dibandingkan dengan animasi 2D kerana
ia kelihatan lebih realistik dan kompleks.
Dalam dunia animasi 3D, animasi boleh dibahagikan secara umumnya kepada 2 bentuk
iaitu:
i. Animasi objek
ii. Animasi kamera
Kedua-dua bentuk animasi ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:
i. Frame by frame animation
ii. Tweening Animation
Animasi objek berlaku apabila berlaku pergerakan sesuatu objek di dalam sesuatu
ruang.
Animasi kamera pula berlaku apabila berlaku pergerakan pada kamera ( dalam hal ini ia
adalah sudut pandangan pengguna ) menampakkan seolah-olah sesuatu benda itu
bergerak atau pengguna itu merasakan seolah-olah ia sedang bergerak.
Animasi Objek
Aktiviti 1: Membuat Animasi Berdasarkan Pergerakan Objek
Objektif:
Di akhir aktiviti ini, pelajar dapat membuat suatu animasi ringkas berdasarkan
pergerakan objek dan mengubahsuai setting-settingnya.
1. Buka semula fail meja.max.
2. Aktifkan Viewport kamera.
3. Pergi kepada File >Merge….Klik pada menu Merge…
4. Pilih fail sferal.max yang telah dicipta sebelum ini.
5. Satu objek berbentuk sfera akan kelihatan di dalam viewport.
6. Di dalam Left Viewport, letakkan sfera tersebut ke atas sedikit dari paras pasu
yang terletak di atas meja. Lihat rajah di bawah.

