Page 2 - Bahan TMUA
P. 2

ABSTRAK

                   Penumpuan sepenuh perhatian dalam sesi pembelajaran di dalam kelas merupakan salah
                   satu  kunci  utama  kejayaan  seseorang  pelajar.  Dalam  erti  kata  lain,  FOKUS  merupakan
                   salah satu faktor utama dalam menentukan objektif suatu pembelajaran itu tercapai dengan
                   jayanya. Fokus dengan penerangan guru, fokus dalam perbincangan, fokus dalam bacaan
                   dan seumpamanya. Begitulah juga halnya bagi pelajar-pelajar dalam bidang tahfiz, yang
                   mana fokus dalam membaca dengan fasih dan memelihara hukum-hukum tajwid, mengingat
                   dan mentadabbur ayat-ayat al-Quran merupakan kunci utama seseorang pelajar itu boleh
                   memperdengarkan  (tasmik)  hafazan  mereka  di  hadapan  guru  dengan  baik  dan  lancar.
                   Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan program karantina yang
                   diadakan selama 4 hari semasa minggu orientasi pelajar Tingkatan Satu sesi 2020 ini boleh
                   diadaptasikan di dalam subjek Hifz al-Quran. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan
                   bahawa    34.5%  pelajar  mampu  menghafaz  al-Quran  melebihi  5  muka  surat  dengan
                   pencapaian tertinggi  sebanyak  81  muka surat.  Program  Karantina  ini  adalah  salah  satu
                   program  yang  sangat  sesuai  dan  selaras  dengan  maksud  dan  hasrat  guru-guru  tahfiz  di
                   SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab yang ingin melihat anak-anak pelajar di dalam
                   halaqah masing-masing menumpukan sepenuh perhatian atau fokus ketika sesi pengajaran
                   dan pembelajaran (PdP) berlangsung agar dapat mempersembahkan hafazan yang terbaik.


                   PENGENALAN:
                   Program Karantina telah diadakan di SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab bagi

                   orientasi pelajar Tingkatan 1 Tahun 2020 pada 13-17 Januari yang lalu. Program ini

                   adalah  suatu  program  rintis  rentetan  daripada  Kursus  Hafazan  al-Quran  anjuran

                   Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia di Yayasan Karantina
                   Tahfiz  Nasional  (YKTN),  Kuningan  Jawa  Barat  Indonesia  yang  telah  dihadiri  oleh

                   salah seorang guru TMUA di sekolah ini pada penghujung tahun lepas iaitu pada 28

                   Oktober hingga 2 November 2019.


                   Yayasan  Karantina  Tahfiz  Nasional  telah  diasaskan  di  Kuningan,  Jawa  Barat

                   Indonesia pada tahun 2014 oleh Ustaz Ma’mun Al Qurthuby Al-Hafiz dan Ustaz Yadi

                   Iryadi  Al-Hafiz.  Program  yang  dinamakan  Hafal  Quran  Sebulan  Murajaah  Seumur
                   Hidup  ini  telah  dijalankan  dengan  memperkenalkan  Kaedah  Yadain  Litahfizhil

                   Quran.
   1   2   3   4   5   6   7