Page 7 - Bahan TMUA
P. 7

KEKANGAN SEPANJANG PROGRAM:

                   Secara umumnya, program ini masih belum mencapai peratusan yang memuaskan

                   disebabkan beberapa kekangan seperti berikut:


                    i.  Beberapa orang pelajar masih belum boleh menyesuaikan diri dengan
                        kehidupan di asrama (homesickness) yang sedikit sebanyak mengganggu fokus
                        mereka semasa program.

                   ii.  Semua pelajar perempuan terpaksa meninggalkan program (secara bergilir-gilir
                        mengikut  kelas)  kerana  perlu  mengambil  suntikan  vaksin  dari  Kementerian
                        Kesihatan.

                  iii.  Beberapa orang pelajar kurang sihat dan tidak hadir semasa program.

                  iv.  Seorang  pelajar  perempuan  terlibat  dengan  perlawanan  bola  jaring  di  luar
                        kawasan sekolah.

                   v.  Kekurangan bilangan Guru TMUA sedikit sebanyak mengganggu proses tasmik
                        pelajar kerana melibatkan pertukaran guru bertugas pada setiap jam sepanjang
                        program.



                     KESIMPULAN

                     Program Karantina ini sesuai diadakan pada pertengahan atau penghujung tahun
                     apabila pelajar Tingkatan 1 sudah boleh menyesuaikan diri dengan suasana dan
                     persekitaran sekolah.

                     Program  ini  perlu  dibuat  untuk  pelajar  Tingkatan  2  dan  ke  atas  terutamanya
                     kepada pelajar yang masih belum mencapai sukatan hafazan pada tahun semasa
                     yang ditetapkan.


                     Sebarang aktiviti atau program lain seharusnya dielakkan bagi memenuhi objektif
                     utama  dalam  program  ini  yang  sangat  menitikberatkan  soal  FOKUS  dalam
                     hafazan.



                     PENUTUP

                     Adalah diharapkan agar segala kelemahan dan kekangan sepanjang  program ini
                     dapat  diatasi  dan  mendapat  sokongan  serta    kerjasama  sepenuhnya  daripada
                     semua pihak supaya mampu mencapai peratusan yang lebih baik pada masa akan
                     datang.
   2   3   4   5   6   7   8   9